window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tarikh pelancaran Malaysia disahkan! Ini apa yang anda patut tahu tentang Mazda CX-5 2024 facelift

Faisal · Jan 26, 2024 09:30 AM

Tarikh pelancaran Malaysia disahkan! Ini apa yang anda patut tahu tentang Mazda CX-5 2024 facelift 01

Berdasarkan laman sosial rasmi Mazda di Malaysia, Mazda CX-5 2024 facelift akan dilancarkan pada 30 Januari 2024 iaitu hari Selasa hadapan.

Beberapa pengedar seperti di Petaling Jaya yang kami laporkan awal minggu ini pula sudah memiliki stok model terbaru ini. Ini bermaksud penyerahan akan dibuat secepat mungkin untuk pelanggan yang sudah membuat tempahan.

Juga bacaMazda CX-5 2024 'facelift' bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tarikh pelancaran Malaysia disahkan! Ini apa yang anda patut tahu tentang Mazda CX-5 2024 facelift 01

Model di pasaran luar.

Harganya belum lagi diumumkan tetapi dengan estetika baharu dan peningkatan dari segi kelengkapan, ia dijangka menyaksikan sedikit kenaikan.

Sebagai rujukan, harga Mazda CX-5 sekarang ditawarkan seperti berikut:

  • 2.0G Mid – RM 139,469
  • 2.0G High – RM 159,769
  • 2.5G High – RM 173,260
  • 2.2D High – RM 178,622
  • 2.5G Turbo – RM 187,060

*Semua varian dipasang lokal (CKD) di Kulim

Tarikh pelancaran Malaysia disahkan! Ini apa yang anda patut tahu tentang Mazda CX-5 2024 facelift 02

Pembaharuan pada kabin Mazda CX-5 facelift lebih kepada kelengkapan.

Antara kelengkapan baharu yang mungkin diberi pada Mazda CX-5 facelift adalah pengecas tanpa wayar, Apple CarPlay tanpa wayar dan kawalan pelayaran adaptif.

Berkenaan ini, model di pasaran global diperbaharui dengan fungsi Cruising & Traffic Support (CTS) yang membantu pemandu mengawal input minyak, brek dan stereng ketika trafik bergerak perlahan.

Antara kemaskini lain pada Mazda CX-5 facelift termasuklah pilihan warna baharu yang bernama Polymetal Gray.

Tarikh pelancaran Malaysia disahkan! Ini apa yang anda patut tahu tentang Mazda CX-5 2024 facelift 03

Dari segi trenkuasa, ia dijangka kekal dengan 4 pilihan nadi seperti sebelum ini melalui:

  • 2.0L NA - 162 PS/213 Nm
  • 2.5L NA - 192 PS/258 Nm
  • 2.5L turbo - 228 PS/420 Nm
  • 2.2L turbodiesel - 188 PS/450 Nm

Semua enjin dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Tarikh pelancaran Malaysia disahkan! Ini apa yang anda patut tahu tentang Mazda CX-5 2024 facelift 04

Model di pasaran luar.

Oleh itu, nantikan perkembangan lanjut oleh kami dari semasa ke semasa.

Juga bacaMazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda