window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang?

Haris ยท Aug 25, 2022 12:00 PM

HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang? 01

Terdapat spekulasi yang timbul belakangan ini di mana Hyundai Sime Darby Malaysia, pengedar kenderaan jenama Hyundai di Malaysia bakal melancarkan 2 model baharu Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang.

Pelancaran kedua-dua model tersebut dijangka akan menyusul sebelum tahun 2023.

HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum ini, Hyundai Staria 10-penumpang telah dikesan di satu lokasi yang tidak dapat didedahkan di sini. Model yang ada dalam pasaran sekarang merupakan model 7-penumpang, yang dilengkapi dengan ciri kelengkapan premium dan mewah namun model 10-penumpang dijangka akan mengenakan spesifikasi yang lebih asas.

HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang? 01

Dengan susunan 10 tempat duduk, ia bermakna bahawa Hyundai Staria layak diklasifikasikan sebagai kenderaan komersial. Justeru berdasarkan syarat-syarat cukai kenderaan di Malaysia, model 10-penumpang akan dikenakan kadar cukai yang lebih rendah daripada MPV biasa 7 atau 8-tempat duduk.

Kesemua ini membawa kepada lebih penjimatan lantas Hyundai Staria 10-penumpang dijangka akan dijual pada harga yang lebih kompetitif.

HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang? 02

Antara ciri kelengkapan asas yang ditawarkan adalah gril yang sama warna dengan badan kenderaan dan rim satu tona. Di bahagian dalam, ia mendapat sistem infotainment yang lebih asas dan tambahan barisan tempat duduk ke-4.

Tiada perincian mengenai rangkaian kuasa tetapi ia berkemungkinan besar ia akan dijana oleh enjin 2.2 liter CRDi Diesel (177 PS/431 Nm) dengan kombo transmisi automatik 8-kelajuan. Spesifikasi ini adalah spesifikasi yang sama pada model 7-penumpang.

HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang? 03

Jika anda belum tahu, kini anda tahu, Hyundai Creta adalah model SUV segmen B terbaharu dari Hyundai untuk pasaran membangun bagi melawan model seperti Proton X50 dan Honda HR-V.

Melakukan debutnya di pasaran Indonesia dalam bentuk facelift, ia berkongsi platform yang sama dengan Kia Seltos - juga jenama dibawah Hyundai Motor Group. 

Baca: Spyshot: Hyundai Staria 10 tempat duduk diintip di Malaysia, alternatif murah kepada Kia Carnival?

HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang? 04

Pilihan enjin untuk 2022 Hyundai Creta facelift terhad kepada enjin 4-silinder 1.5 liter NA Smartstream G MPi yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT dari Hyundai, yang dikenali sebagai iVT. Spesifikasi ini mampu menghamburkan sebanyak 114 PS kuasa kuda dan 144 Nm tork. 

Pasaran Indonesia mendapat pilihan transmisi manual 6-kelajuan tetapi ia berkemungkinan besar tidak akan ditawarkan di Malaysia. 

HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang? 05

Rekaan Hyundai Creta nampak seperti sebuah โ€˜Hyundai Tucson miniโ€™. Hal ini berikutan daripada penggunaan gril Parametric - rekaan tandatangan Hyundai - yang diselarikan dengan lampu siang DRL. Lampu hadapan pula terletak pada bahagian yang kelihatan seperti perumah lampu kabus, bagi memberikan nyalaan yang lebih baik menghala jalan.

HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang? 06

Dari segi keselamatan, pakej keselamatan Hyundai Smartsense dilengkapi pada varian tertingga menawarkan suite ADAS yang meliputi fungsi seperti:

  • Front Collision Assist (FCA)
  • Lane Follow Assist (LFA)
  • Lane Keeo Assist (LKA)
  • Blind spot Collision Avoidance (BCA)

Untuk aspek keselamatan standard, 6 beg udara dilengkapi di semua arah termasuklah beg udara sisi dan beg udara tirai. Terdapat brek ABS dengan EBD, bantuan daki bukit HHA dan kawalan cengkaman.

HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang? 07

Hyundai Creta boleh diimport (CBU) dari kilang Indonesia di Cikarang tetapi Malaysia mengenakan duti eksais yang tinggi untuk model pemasangan Indonesia.

Sebagai rujukan, model pasaran Thailand juga merupakan unit pemasangan (CBU) Indonesia dan harganya lebih hampir dengan model Honda HR-V di sana.

HSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang? 08

Namun begitu, HSDM juga dilaporkan boleh membawa masuk kit pemasangan CKD dari Indonesia. Oleh itu, Hyundai Creta juga boleh dipasang secara tempatan (CKD) untuk mensasarkan harga yang lebih rendah.

Walaubagaimanapun, perancangan ini masih perlu dinilai terlebih dahulu di mana terdapat kemungkinan bahawa HSDM boleh membawa kumpulan awal CBU diikuti dengan model CKD seterusnya.

Baca: 2022 Hyundai Creta facelift rasmi dari RM 82k, bakal ganti Hyundai Kona di Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Hyundai Staria 10-seater Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda