window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja!

Faisal Β· Sep 21, 2021 09:00 AM

Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja! 01

Sambutan buat SUV terkecil Hyundai iaitu Hyundai Casper di Korea sememangnya cukup luar biasa. Untuk hari pertama sahaja, Hyundai dilaporkan berjaya mengutip sehingga 18,940 tempahan.

Yang hebatnya, ini merupakan rekod tertinggi yang pernah Hyundai catatkan untuk model yang berenjin pembakaran dalaman.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk pengetahuan anda, SUV segmen A ini dijadualkan untuk dilancarkan pada 29 September ini. Tempahan awal yang dibuat secara dalam talian pula baru sahaja dibuka pada 14 haribulan yang lalu.

Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja! 01

Kalau anda nak tahu, rekod sebelum ini disandang oleh Hyundai Grandeur generasi ke-6. Untuk tempoh yang sama, sedan eksekutif itu merekodkan kutipan sebanyak 17,294 tempahan sewaktu diperkenalkan pada November 2019.

Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja! 02

Mengenai Casper, rekod yang begitu menakjubkan ini mungkin dimainkan atas faktor kategori kereta itu sendiri yang mana ia dikira yang pertama untuk negara tersebut. Untuk makluman anda, pasaran SUV segmen A seperti Casper sebenarnya dipopularkan dahulu oleh negara India.

Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja! 03

Walaupun Casper dianggap sebagai SUV tahap permulaan, ia tetap datang dengan keistimewaan yang tersendiri. Daripada apa yang telah Hyundai dedahkan, Hyundai Casper mempunyai ciri larasan sandar dan bangku untuk tempat duduk belakang (sama seperti Citroen ZX). Tidak cukup dengan itu, Casper turut mendatangkan ciri lipatan sepenuhnya untuk tempat duduk pemandu yang mana ia adalah yang pertama di dunia.

Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja! 04

Secara teknikal, SUV gaya hidup ini dikuasakan oleh enjin 3 silinder jenis 1.0L MPI (76 PS, 95 Nm tork) dan 1.0L T-GDI (120 PS, 172 Nm tork).

Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja! 05

Hembusan kuasa tersebut dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan yang menghantar kuasa ke roda depan. Menariknya, Casper dilengkapkan dengan ciri “rough road driving mode” untuk menyesuaikan dengan permukaan salji, pasir, dan lecak.

Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja! 06

Dari segi keselamatan, ciri seperti 7 beg udara ditawarkan secara standard. Uniknya, beg udara tengah pada bahagian depan juga turut didatangkan.

Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja! 07

Ciri bantuan keselamatan seperti Forward Collision Prevention Assist, Lane Departure Prevention Assist, dan Lane Keeping Assist juga hadir secara standard.

Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja! 08

Di Korea, Hyundai Casper ditawarkan dengan varian:

  • Smart – 13.85 juta KRW (~RM 49,000)
  • Modern – 15.9 juta KRW (~RM 57,000)
  • Inspiration – 18.7 juta KRW (~RM 66,000)

Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja! 09

Untuk peringkat global, Casper dijangka tembus pasaran lain dengan penawaran versi elektrik. Bagi anda yang belum tahu, model Hyundai seperti Stargazer dan Creta telahpun dikhabarkan untuk tiba di Malaysia dan beberapa pasaran di serata ASEAN. Adakah Casper ada dalam perancangan ini? Sama-sama kita nantikan.

Juga bacaSpyshot: Hyundai Creta diintip, SUV kompak baru yang bakal menggantikan Kona?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda