window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai dan LG labur RM 4.6 bilion untuk bina kilang bateri EV di Indonesia, kerajaan beri komitmen

Mersita Β· Jul 30, 2021 09:00 PM

Hyundai dan LG labur RM 4.6 bilion untuk bina kilang bateri EV di Indonesia, kerajaan beri komitmen 01

Hyundai Motor Group (HMG) dan LG Energy Solution Ltd. (LG) mengumumkan yang mereka telah menandatangi perjanjian persefahaman (MoU) bersama kerajaan Indonesia untuk menubuhkan satu usahasama di Indonesia untuk menghasilkan sel bateri bagi BEV (Battery Electric Vehicle).

Ini adalah sebahagian daripada rancangan Hyundai untuk mendapatkan bekalan sel-sel bateri yang stabil buat kenderaan elektrik berbateri mereka.

Hyundai dan LG labur RM 4.6 bilion untuk bina kilang bateri EV di Indonesia, kerajaan beri komitmen 02

Hyundai Concept 45 2019 memperlihatkan Ioniq 5

Dibawah perjanjian persefahaman ini, HMG dan LG Energy Solution akan melaburkan sejumlah USD 1.1 bilion (RM 4.6 bilion) ke dalam usahasama ini bagi pembinaan kilang sel bateri di Krawang, Indonesia. Kilang baharu di Krawang itu nanti akan dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 330,000 meter persegi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

HMG dan LG masing-masing akan memiliki 50% pegangan dalam usahasama ini. Kerajaan Indonesia bersetuju untuk menawarkan pelbagai insentif dan ganjaran bagi menyokong kestabilan operasi kilang tersebut.

Baca juga: Hyundai Ioniq 5 mungkin dibuat di Indonesia sekali, lagi awal daripada Kona Electric

Hyundai dan LG labur RM 4.6 bilion untuk bina kilang bateri EV di Indonesia, kerajaan beri komitmen 01

Kerja-kerja pembinaan kilang tersebut dijadualkan untuk bermula pada suku keempat tahun 2021 dan ia dijangka akan siap menjelang separuh pertama 2023. Penghasilan besar-besaran untuk sel-sel bateri ini di kilang baharu tersebut dijangka akan bermula pada separuh pertama 2024.

Apabila ia sudah beroperasi sepenuhnya, fasiliti itu dijangka akan menghasilkan sel bateri lithium-ion NCMA (nikel, kobalt, mangan, aluminium) dengan jumlah kuasa keseluruhan sebanyak 10 GWh setiap tahun – cukup untuk menguasakan lebih daripada 150,000 buah BEV.

 

Hyundai dan LG labur RM 4.6 bilion untuk bina kilang bateri EV di Indonesia, kerajaan beri komitmen 02

Kia EV6

Sel-sel bateri yang dihasilkan dari kilang Krawang ini nanti akan digunakan di dalam model-model kenderaan elektrik (EV) Hyundai Motor dan Kia yang dibina diatas platform BEV khas kumpulan syarikat itu - Electric-Global Modular Platform (E-GMP).

Dengan usahasama pengilangan sel bateri ini, HMG mengorak langkah dalam rancangan jangkamasa panjangnya untuk menjadi peneraju EV di mata dunia. Menjelang 2025, HMG menyasarkan untuk membina barisan BEVnya kepada lebih daripada 23 model dan menjual 1 juta BEV setahun di pasaran-pasaran global.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia