window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Imej GWM Tank 600 tertiris, SUV China yang mahu melawan Toyota Prado!

Haris ยท Jul 28, 2021 07:00 PM

Imej GWM Tank 600 tertiris, SUV China yang mahu melawan Toyota Prado! 01

Great Wall Motors merancang untuk mempertontonkan konsep GWM 600 Tank ketika Chengdu Motor Show 2021 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun, beberapa imej awal telah tertiris di portal media automotif China sebelum SUV konsep tersebut membuat penampilan.

Imej GWM Tank 600 tertiris, SUV China yang mahu melawan Toyota Prado! 02

Sebelum ini, hanya lakaran GWM 600 Tank sahaja yang dikeluarkan oleh jenama tersebut namun imej fizikal yang ini mampu memberikan gambaran yang lebih jelas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Struktur yang paling menonjol pada SUV ini adalah pada gril hadapan yang mega besar. Ia menggunakan bilah melintang sambil dikepung dengan jalur krom. Tiada gril bawah bermakna ia hanya dihiasi dengan jalu krom memanjang yang sebagai penyeri bumper.

Imej GWM Tank 600 tertiris, SUV China yang mahu melawan Toyota Prado! 01

Perincian lain yang dapat dilihat adalah rekaan rim multi-jejari, cermin sisi yang dipasang pada bahagian cermin hadapan dan lampu hadapan jenis projektor. Keseluruhan SUV ini juga tampak berkotak dan memang sesuai untuk menjadi pesaing Toyota Prado.

Imej GWM Tank 600 tertiris, SUV China yang mahu melawan Toyota Prado! 02

Pilihan enjin untuk GWM Tank 600 ini adalah enjin V6 3.0 liter turbocaj baharu yang akan menghasilkan sehingga 353 PS kuasa kuda dan 500 Nm tork yang menakjubkan, dipasangkan dengan transmisi automatik 9-kelajuan.

Imej GWM Tank 600 tertiris, SUV China yang mahu melawan Toyota Prado! 03

Seperti mana pesaingnya Toyota Prado, GWM Tank 600 ini juga direka untuk pemanduan selesa di atas jalan raya dan mampu digunakan di atas keadaan muka bumi yang mencabar. Melihat kepada kehadiran GWM di Thailand, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa SUV ini dilihat bakal meluncur ke pasaran ASEAN. Nampak serius jenama automotif China hendak menakluki ASEAN?

Bacaan Lanjut:

GWM Huo Pao lebih dari cukup dengan 217 PS dan 380 Nm tork?

Tanpa sentimen jenama negara mana, GWM Pao adalah trak pikap China No. 1 di Australia!

Spyshot: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda