window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jatuh dari Jambatan Pulau Pinang, Toyota Prius ditinggalkan di tepi jalan

Mersita ยท Nov 22, 2021 01:30 PM

Jatuh dari Jambatan Pulau Pinang, Toyota Prius ditinggalkan di tepi jalan 01

Seorang lelaki, dipercayai berasal dari Kuala Lumpur, meninggalkan sebuah Toyota Prius di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau jambatan kedua Pulau Pinang sebelum terjatuh ke laut pada pagi Isnin (22 November).

Mangsa, dikenalpasti sebagai Chow Yarn Wai, berusia 39 tahun meninggalkan keretanya bersama beberapa barang peribadi di KM 8.5 arah Batu Kawan, menghala ke Batu Maung pada kira-kira jam 4.40 pagi tadi.

Jatuh dari Jambatan Pulau Pinang, Toyota Prius ditinggalkan di tepi jalan 02

Foto: APMM

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas segera dilaksanakan setelah pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian. Pihaknya dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin Batu Uban, dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) turut ditubuhkan berhampiran jambatan kedua. Bot PENGGALANG 12 dan KILAT 4 telah digerakkan untuk misi mencari dan menyelamat mangsa dengan keluasan pencarian 22.42 batu nautika persegi. Operasi menyelamat masih diteruskan” katanya.

Jatuh dari Jambatan Pulau Pinang, Toyota Prius ditinggalkan di tepi jalan 01

Foto: APMM

Terdahulu, beberapa kes serupa terjadi bilamana kenderaan atau motosikal serta barangan peribadi ditinggalkan di atas atau berhampiran jambatan sebelum mangsa jatuh dari jambatan pulau destinasi pelancongan itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan mengambil jalan mudah untuk keluar dari masalah yang dihadapi.

Berita berkait:

Lelaki tinggalkan Proton Waja, dikhuatiri lemas jatuh dari Jambatan Pulau Pinang

Alza ditinggalkan di tepi jalan, pemandu e-hailing jatuh dari Jambatan Pulau Pinang

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda