window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan EV jenis 'range extender' makin laku di China, ramalan cecah 500,000 unit menjelang 2025

Faisal ยท Jan 28, 2023 04:00 PM

Jualan EV jenis 'range extender' makin laku di China, ramalan cecah 500,000 unit menjelang 2025 01

HongGuang Mini EV, kereta elektrik paling laku di China.

Jualan kenderaan elektrik (EV) jenis range extender iaitu yang ada enjin di pasaran China pada tahun lepas menunjukkan peningkatan yang ketara. Menurut Persatuan Industri Automobil China, bilangannya pada tahun 2025 nanti akan mencecah 500,000 unit.

Kata mereka, makin banyak syarikat automobil China yang mengeluarkan produk range extended electric vehicle (REEV) berikutan galakan pembangunan kenderaan tenaga baru (NEV).

Juga bacaLebih banyak kereta elektrik (EV) dari China? Pengeluar dijemput melabur dan beroperasi di Malaysia!

Jualan EV jenis 'range extender' makin laku di China, ramalan cecah 500,000 unit menjelang 2025 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikal, REEV merupakan sejenis kenderaan elektrik yang ada sistem jana elektrik. Komponennya terdiri daripada motor, penjana elektrik dan alat kawalan.

Kiranya, kenderaan tersebut ada bantuan tambahan dari segi jarak pandu kerana terdapat dua sumber tenaga.

Jualan EV jenis 'range extender' makin laku di China, ramalan cecah 500,000 unit menjelang 2025 01

Kredit: Global Times.

Naib Ketua Eksekutif Persatuan Industri Automobil China, Fu Bingfeng memberitahu bahawa REEV adalah produk penting dalam pembangunan kenderaan elektrik dan ia disifatkan sebagai mampu mengurangkan kebimbangan pengguna terhadap masalah jarak pandu yang tidak boleh pergi cukup jauh.

Untuk makluman anda, laporan mereka menunjukkan bahawa dengan galakan dasar dan permintaan pasaran, prestasi pembangunan REEV di China amat baik manakala model baharu turut diperkenalkan satu demi satu.

Jualan EV jenis 'range extender' makin laku di China, ramalan cecah 500,000 unit menjelang 2025 02

Kredit: InsideEVs.

Setakat ini, terdapat lebih 300 syarikat mengeluarkan produk berkaitan REEV di China dengan pendaftaran syarikat baharu meningkat 8.5% pada 2022.

Juga bacaKenderaan elektrik (EV) di China kini mencecah 10 juta, jualan Q1 2022 sahaja dah 1.3 juta!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia