window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kanak-kanak melulu lintas jalan nyaris dilanggar kereta, keluarga buat 'dek', otak di lutut?

Khairil ยท Apr 11, 2022 03:00 PM

Kanak-kanak melulu lintas jalan nyaris dilanggar kereta, keluarga buat 'dek', otak di lutut? 01

Tular di media sosial, baru-baru ini video yang memaparkan seorang kanak-kanak berpotensi untuk dikejarkan ke hospital gara-gara melintas jalan sesuka hati sehingga nyaris dilanggar kereta.

Sekalipun tiada perkara buruk berlaku, gelagat dan reaksi keluarga kanak-kanak itu sejurus insiden berkenaan berlaku mengundang rasa marah warga maya.

Juga baca: Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kanak-kanak melulu lintas jalan nyaris dilanggar kereta, keluarga buat 'dek', otak di lutut? 01

Dalam video rakaman kamera papan pemuka 'dashcam' itu, dapat dilihat sebuah keluarga sedang cuba untuk melintas jalan di lokasi yang dipenuhi kedai.

Dan entah di mana silapnya, salah seorang kanak-kanak daripada keluarga itu secara tiba-tiba melintas jalan dan hampir dilanggar.

Jika perakam yang juga pemandu kereta tidak berjaya memberhantikan kenderaannya dengan cekap, peluang untuk kanak-kanak itu mengalami kecederaan serius cukup besar.

Kanak-kanak melulu lintas jalan nyaris dilanggar kereta, keluarga buat 'dek', otak di lutut? 02

Tetapi apa yang mencipta geram adalah selepas pemandu itu memberhentikan kenderaannya, dua orang wanita secara santai berjalan melintasi hadapan kereta berkenaan tanpa sebarang rasa cemas.

Juga baca: Pemandu kereta dilanggar trak pikap berisiko ‘412 kali' lebih tinggi untuk maut, cedera parah

Kanak-kanak melulu lintas jalan nyaris dilanggar kereta, keluarga buat 'dek', otak di lutut? 03

Lebih menyakitkan hati adalah reaksi lelaki berkopiah daripada keluarga sama yang seakan menuding jari seakan menyalahkan pemandu kereta berkenaan.

Kanak-kanak melulu lintas jalan nyaris dilanggar kereta, keluarga buat 'dek', otak di lutut? 04

Berdasarkan perkongsian berkenaan, rata-rata warganet berang dengan tindakan keluarga itu dan memuji kepekaan pemandu kereta terbabit.

Kanak-kanak melulu lintas jalan nyaris dilanggar kereta, keluarga buat 'dek', otak di lutut? 05

"Buat anak pandai. Jaga anak tak reti, peganglah tangan anak tu," cemuh seorang netizen.

Kanak-kanak melulu lintas jalan nyaris dilanggar kereta, keluarga buat 'dek', otak di lutut? 06

Seorang lagi warganet mempersoalkan sikap keluarga berkenaan dan turut berkongsikan pengalamannya: "Mok pok mitok maaf pun dok, ambo keno dekat baazar ramadhan ptg kelmarin laguni jugok, mujur dea brekk, mok pok buleh duk sengeh sengehh oo jengg. (Mak bapak minta maaf pun tidak. Saya kena dekat bazar ramadan petang kelmarin macam ni juga, mujur dapat brek. Mak bapak boleh sengeh-sengeh je."

Juga baca: Signal ke kiri, tapi pusing ke kanan, reaksi 'gangster' penunggang Honda RS-X hampir dirempuh undang kecaman!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda