window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa?

Haris · Mar 27, 2021 02:00 PM

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa? 01

Subaru XV kini dalam generasi kedua telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2017. Ia ditawarkan dalam 3 varian, dengan harga seperti berikut:

  • 2.0i - RM 117,788
  • 2.0i-P - RM 127,788
  • GT Edition 2.0i-P - 136,788

Kesemua varian dikuasakan oleh enjin boxer 2.0 liter NA yang menghasilkan 156 PS / 196 Nm dengan gandingan tranmsisi CVT automatik. Kuasa dipindahkan ke empat-empat roda melalui sistem Subaru Symmetrical All-Wheel Drive.

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SUV ini mungkin menghadapi persaingan yang kuat dari Honda HR-V dan Proton X50 tetapi Subaru XV berada dalam kelasnya tersendiri. Jika anda sedang mempertimbangkan SUV ini, berikut adalah kebaikan dan keburukannya.

Kebaikan

  • Kualiti pemanduan paling sedap
  • Kawalan cengkaman Symmetrical AWD memberikan lebih keyakinan
  • Spesifikasi trenkuasa yang sangat lancar

Keburukan

  • Ruang but belakang paling kecil
  • Tiada corong angin penumpang belakang
  • Tiada ADAS

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa? 01

Kelebihan – Kualiti pemanduan paling sedap

Subaru XV dibangunkan di atas platform Subaru Global Platform (SGP), yang menampilkan sistem supensi MacPherson di bahagian hadapan dan double wishbone pada bahagian belakang.

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa? 02

Kualiti pemanduan Subaru XV memang terbaik, terasa seperti sebuah kenderaan satu atau dua segmen di atas. Kesemua ketidaksempurnaan jalan diserap dengan baik tanpa sebarang gangguan pada kabin dalaman.

Kelebihan - Sistem cengkaman yang lebih yakin

Subaru Symmetrical AWD

Sistem AWD memberikan anda cengkaman yang lebih baik daripada kereta 2WD, dengan tanggapan kualiti tayar yang sama. Sistem AWD moden juga dibantu dengan teknologi tambahan yang menjadikannya lebih selamat dalam keadaan jalan yang kurang ideal.

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa? 04

Sistem Subaru Symmetrical AWD digabungkan dengan teknologi VDC (Vehicle Dynamics Control) yang mengurangkan gelincir roda. Ini hampir menggantikan keperluan pengguna LSD untuk jalan biasa yang mengagihkan tenaga ke roda yang mempunyai daya tarikan.

Kelebihan - Spesifikasi trenkuasa yang sangat lancar

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa? 05

Hanya pemandu yang pernah merasai enjin boxer sahaja yang tahu mengenai 'keenakan' pemanduan enjin ini. Walaupun enjin Boxer 2.0 liter NA dengan 156 PS / 196 Nm mungkin kedengaran rendah tetapi ia tetap mencukupi pada Subaru XV ini.

Dengan talaan enjin lancar dengan transmisi CVT yang ditentuukur dengan baik, Subaru XV menjadikan pemanduan menjadi lancar dan menyenangkan.

Kekurangan – Rekaan but belakang yang kecil

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa? 06

Sehingga pelancaran Proton X50, Subaru XV mempunyai but paling kecil dalam segmennya, dengan kapasiti 345 liter. But belakang juga agak cetek disebabkan oleh sistem pacuan semua roda dan susunan suspensi belakang double wishbone yang canggih.

Kekurangan - Tiada corong penyaman udara penumpang belakang

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa? 07

Kekurangan corong penyaman udara belakang biasanya memaksa sistem penyaman udara untuk mengambil masa yang lebih lama untuk menyejukkan kabin dalam cuaca Malaysia kita.

Ini bukanlah suatu kekurangan yang besar tetapi ia kelihatan kurang kelengkapan berbanding pesaing lain dalam segmennya.

Kekurangan - Tiada ADAS

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa? 08

Subaru XV tidak dilengkapi dengan sistem Subaru EyeSight (yang merangkumi AEB, ACC, LDW, RCTA, dan BSM) untuk kesemua variannya.

Namun, model Subaru XV facelift yang akan datang dikatakan bakal menampilkan EyeSight. Walaubagaimanapun, masih belum ada sebarang petunjuk tentang tarikh pelancaran model Subaru XV facelift ini.

Kesimpulan

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa? 09

Secara ringkasnya, Subaru XV mempunyai sistem suspensi yang canggih, pemanduan yang sedap, sistem pacuan semua roda yang memberikan daya cengkaman yang lebih baik dan spesifikasi trenkuasa yang lancar.

Kekurangannya adalah ruang but yang terpaksa dikompromi, tiada corong penyaman udara penumpang belakang dan kekurangan ADAS yang mungkin menjadi batu penghalang.

Akhir sekali, bagi mereka yang sekadar mahu merasai pemanduan Subaru yang lagenda, Subaru XV adalah model paling murah bagi anda dan kami jamin, anda tidak akan menyesal dengan Subaru.

Bacaan lanjut:

Panduan Subaru XV terpakai, hanya RM 50k untuk SUV dengan DNA rali dan enjin boxer?

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50!

Rebiu: Subaru XV - Jangan lupakan SUV ini dalam senarai anda!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda