window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV!

Haris · Sep 15, 2022 03:00 PM

2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV! 01

Subaru Corporation telah mempersembahkan Subaru XV generasi ketiga 2023 serba baharu secara global. Namun, Subaru telah memutuskan untuk menggugurkan nama abjad XV dan memanggilnya Crosstrek secara umum. Membuat penampilan sulungnya dalam talian, Subaru Crosstrek 2023 mungkin menampilkan siluet yang sama tetapi di sebaliknya adalah sebuah crossover serba baharu.

2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV! 02

Menggabungkan rekaan yang kompak dengan perincian lasak dan sporty, crossover ini merupakan sebuah kenderaan yang ideal untuk pelbagai jenis pengembaraan sama ada di dalam hutan konkrit atau di luar jalan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight!

Selain itu, nama Crosstrek yang sebelum ini digunakan di beberapa pasaran seperti Amerika akan digunakan secara global pada generasi ketiga ini. Ia adalah gabungan perkataan "crossover" dan "trekking" seperti kebolehan yang ditawarkannya.

2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV! 01

Dari sudut pandangan reka bentuk, Subaru Crosstrek sebahagian besarnya memberi keseinambungan terhadap rekaan Subaru WRX dan Subaru Levorg serba baharu. Di hadapan, kedudukan hud tinggi menonjolkan perasaan yang tegap dan berkuasa manakala gril depan yang tajam dan lampu depan LED memberikan rupa yang lincah, lasak dan serba moden.

2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV! 02

Profil sisi yang diperkukuhkan dengan lapisan hitam yang memaparkan rupa biasa crossover ini diperluaskan untuk keupayaan prestasi off-road yang mantap manakala rekaan diffuser belakang dengan darjah dan overhang yang pendek yang mampu membenarkan ia menuruni keadaan berbatu tanpa was-was.

2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV! 03

Di bahagian dalam, Subaru Crosstrek serba baharu menggabungkan kedua-dua kemodenan dan utiliti dengan paparan infotainmen skrin sentuh menegak 11.6 inci yang besar di bahagian tengah. Tambahan pula, crossover ini kini menjanjikan penyelesaian reka bentuk ruang penyimpanan yang bijak seperti bukaan but yang lebih besar dan ruang kargo yang lebih luas.

2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV! 04

Sebagai sebuah Subaru baru, dinamik pemanduan tidak terjejas dengan ciri baharu termasuk reka bentuk tempat duduk baharu yang menyokong pelvis, struktur tempat duduk baharu yang memberikan keselesaan lebih baik, dan stereng kuasa elektrik dual-pinion untuk kawalan yang lebih dinamik.

Dibangunkan di atas platform Subaru Global Platform (SGP) yang dipertingkatkan bersama Levorg dan WRX, Crosstrek dibina pada reka bentuk binaan rangka dalaman penuh baharu. Subaru mengatakan bahawa struktur baharu ini sangat tegar dan meminimumkan perubahan bentuk badan dan lenturan kecil.

2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV! 05

Oleh itu, jenama yang berpengkalan di Shibuya ini mendakwa bahawa adalah mungkin untuk mendapatkan prestasi maksimum daripada suspensi dan pendakap enjin yang seterusnya meningkatkan pengendalian kenderaan sambil meningkatkan penyerapan gegaran.

2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV! 06

Buat masa ini, hanya 1 unit enjin petrol-hibrid 2.0 liter e-Boxer diumumkan untuk Crosstrek di Jepun dengan butiran lanjut mengenai output kuasa yang akan diumumkan kemudian. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik Lineartronic CVT yang menghantar kuasa kepada semua 4 roda melalui sistem AWD Symmetrical Subaru.

2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV! 07

Crosstrek juga dilengkapi dengan banyak ciri keselamatan termasuk skrin berbilang pandangan digital, lampu selekoh LED (yang pertama untuk Subaru), unit kamera stereo baharu dan kamera mono sudut lebar. Kamera membantu dalam ciri EyeSight ADAS Subaru yang sangat dipuji.

Baca: Sejak 2008, Subaru telah menjual 5 juta kereta yang dipasang dengan sistem ADAS EyeSight

Walaupun peminat Subaru dan mereka yang mencari alternatif dalam pasaran crossover mungkin perlu menunggu sedikit masa untuk Subaru Crosstrek 2023 serba baharu untuk dilancarkan di Malaysia, model XV sekarang juga masih tidak begitu membosankan.

Semak ulasan kami mengenai Subaru XV Eyesight yang paling terkini di Malaysia.

Baca: Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda