window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Carnival 2023 (CKD) versi 11-tempat duduk dilancarkan, harga promo RM 198k & interior hitam!

Faisal Β· Nov 1, 2023 10:00 AM

Kia Carnival 2023 (CKD) versi 11-tempat duduk dilancarkan, harga promo RM 198k & interior hitam! 01

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd sebentar tadi baru sahaja melancarkan Kia Carnival 2023 (CKD Kulim, Kedah) versi 11 tempat duduk di Malaysia dan ia ditawarkan dari harga RM 217,528. Tetapi dari 1 – 31 Disember 2023, harga jualannya diberi serendah RM 198,500, termasuk aksesori.

Pelancaran ini sekaligus menjadikan Carnival sebagai model CKD sepenuhnya dalam pasaran kita seperti berikut:

  • 11 tempat duduk: RM 217,528.80
  • 8 tempat duduk: RM 233,528.80
  • 8 tempat duduk High: RM 249,528.80
  • 7 tempat duduk High: RM 263,528.80

Juga baca2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kia Carnival 2023 (CKD) versi 11-tempat duduk dilancarkan, harga promo RM 198k & interior hitam! 01

Secara amnya, kelengkapan buat varian permulaan ini datang sama dengan model CBU sebelum ini di mana lampu depan LED masih jenis automatik dan ia turut hadir dengan DRL LED dan lampu kabus LED. Malah, lampu belakangnya juga kekal dengan jenis mentol.

Bahagian eksterior Carnival CKD 11 tempat duduk ini juga dilengkapi roda 18 inci.

Kia Carnival 2023 (CKD) versi 11-tempat duduk dilancarkan, harga promo RM 198k & interior hitam! 02

Kia Carnival 2023 (CKD) versi 11-tempat duduk dilancarkan, harga promo RM 198k & interior hitam! 03

Masuk ke dalam pula, model ini datang unik dengan kombinasi warna hitam dan kelabu. Selain itu, cirinya diberi sama dengan model CBU melalui kluster analog yang ada skrin 4.2 inci di tengahnya, paddle shifter dan pelaras berkuasa untuk tempat duduk depan.

Kia Carnival 2023 (CKD) versi 11-tempat duduk dilancarkan, harga promo RM 198k & interior hitam! 04

Di samping itu, terdapat penyaman udara automatik 2-zon, 7 port USB, pengecas nirwayar dan dua soket kuasa 12V. Cumanya, buka tutup tingkap automatik naik turun tidak lagi untuk semua pintu. Kini hanya bahagian pemandu sahaja yang mendapat ciri tersebut.

Kia Carnival 2023 (CKD) versi 11-tempat duduk dilancarkan, harga promo RM 198k & interior hitam! 05

Sistem infotainment pada Carnival 11 tempat duduk CKD ini kekal diurus oleh skrin 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay/Android Auto dan audionya dihasilkan melalui 6 pembesar suara.

Kia Carnival 2023 (CKD) versi 11-tempat duduk dilancarkan, harga promo RM 198k & interior hitam! 06

Dari segi trenkuasa, ia kekal sama dengan enjin 2.2L turbodiesel (199 PS, 440 Nm) yang digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

Cumanya dalam aspek keselamatan, ADAS masih tidak didatangkan tetapi ia hadir dengan 7 beg udara dan sistem aktif seperti Blind-Spot Collision Warning (BCW) dan Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA).

Kia Carnival 2023 (CKD) versi 11-tempat duduk dilancarkan, harga promo RM 198k & interior hitam! 07

Buat anda yang berminat, setiap pembelian lengkap dengan waranti dan pakej servis percuma selama 5 tahun/100,000 km.

Untuk sekarang sehingga 5 November 2023, Carnival 11 tempat duduk CKD boleh dilihat dengan lebih dekat di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil dari 10 pagi – 10 malam.

Juga bacaRebiu: Lupakan Alphard & Vellfire β€˜recon’ - Kia Carnival 2022 ialah MPV RM 200k terbaik di Malaysia!

@wapcar_zamil Boleh bawa family sambil layan K-pop! #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #belajaronline #kelastiktok #kia #kiacarnival #alphard #vellfire ♬ Despair (ζŠ–ιŸ³ηƒ­ζ’­) - 初撦

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda