window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kes kereta perisai tentera langgar Proton Wira, pemandu Wira menang tuntutan sivil dan ganti rugi!

Haris ยท Oct 15, 2021 07:00 PM

Kes kereta perisai tentera langgar Proton Wira, pemandu Wira menang tuntutan sivil dan ganti rugi! 01

2 tahun lepas, sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Wira di Jalan Lingkaran Tengah, berhampiran Ampangan, Seremban.

Hari ini, R Santhi, 52, yang merupakan pemandu Proton Wira terbabit dilaporkan menang kes tuntutan sivil terhadap pemandu kereta perisai Gempita AV8 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merempuh kereta yang dipandunya pada tahun 6 Ogos 2019.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Majistret Naziah Mohd Alias membenarkan tuntutan sivil R Santhi dengan sepenuhnya bagi ganti rugi khas dan am termasuk faedah dan kos.

Kes kereta perisai tentera langgar Proton Wira, pemandu Wira menang tuntutan sivil dan ganti rugi! 01

R Santhi, 2 dari kanan bersama keluarga dan peguam

Naziah memutuskan bahawa defendan cuai sepenuhnya dalam kemalangan yang berlaku pada 4 Ogos 2019 selepas meneliti segala keterangan yang dibicarakan.

Peguam, N Naresh berkata, keputusan itu memberi keadilan kepada anak guamnya selepas lebih dua tahun terbabit dengan kemalangan berkenaan dan bukannya semata-mata kemenangan berkaitan ganti rugi yang dituntut.

"Saya berpendapat, kenderaan berat seperti kereta perisai yang mempunyai sudut pandangan terhad perlu diiringi pengawal trafik daripada ATM atau dibantu polis trafik untuk kawalan lalu lintas.

"Ia supaya kenderaan berat ini tidak memberi risiko kepada pengguna jalan yang lain dan juga kerosakan harta benda.

"Secara tidak sengaja, pihak berkuasa yang sepatutnya mempertahankan rakyat boleh mencederakan rakyat sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil," katanya ketika ditemui media.

Menurut Naresh, sekiranya tidak dapat memperuntukkan pengawal lalu lintas untuk konvoi seperti itu, sekurang-kurangnya, jalan raya yang digunakan untuk konvoi seharusnya ditutup bagi kegunaan kenderaan awam.

Kes kereta perisai tentera langgar Proton Wira, pemandu Wira menang tuntutan sivil dan ganti rugi! 02

Tangkap layar kemalangan

Naresh berpendapat, sudah tiba masanya ATM meneliti semula prosedur konvoi yang membabitkan kenderaan besar seperti kereta perisai Gempita supaya tidak mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

"Sekiranya ada kawalan trafik daripada polis ataupun ATM sendiri, kemalangan itu semestinya tidak akan berlaku," katanya.

Baca: Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda