window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia daftar nama trak pikap baharu, sasar jadi pencabar paling berkuasa untuk Hilux!

Haris ยท Jun 6, 2023 03:00 PM

Kia daftar nama trak pikap baharu, sasar jadi pencabar paling berkuasa untuk Hilux! 01

Kia telah mengemukakan permohonan cap dagangan untuk nama "Kia Tasman" di Australia, membangkitkan spekulasi bahawa ia mungkin menjadi nama model trak terbaru syarikat tersebut.

Nama Tasman mempunyai makna yang penting di Australia dan New Zealand, kerana ia merujuk kepada hubungan Trans-Tasman dan Laut Tasman yang memisahkan kedua-dua negara tersebut. Selain itu, ia merupakan suatu penghormatan kepada peneroka Abel Janszoon Tasman, orang Eropah pertama yang menemui Tasmania.

Kia daftar nama trak pikap baharu, sasar jadi pencabar paling berkuasa untuk Hilux! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kia Tasman dijangka akan disesuaikan khas untuk pasaran Australia, dengan jurutera Kia menjalankan penbangunan untuk mengkaji penggunaan trak oleh negara ini. Pembangunan model ini telah berlangsung sejak tahun 2020, dan dijangkakan mempunyai enjin diesel yang kuat, mungkin menjadikannya trak diesel dual-cab terkuat di Australia.

Kia daftar nama trak pikap baharu, sasar jadi pencabar paling berkuasa untuk Hilux! 01

Trak Kia Tasman merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk merangkumi pasaran dual-cab dan bersaing dengan pemain terkenal seperti Toyota, Ford, Mitsubishi, dan Nissan.

Walaupun butiran tenaga enjin belum didedahkan, Hyundai Group di mana Kia juga merupakan syarikat di bawahnya, mempunyai enjin 6-silinder 3.0 liter diesel sebaris yang berkuasa, mampu menghasilkan 278 PS dan 588 Nm tork. Jika digunakan pada Kia Tasman, ia akan menjadikan trak ini sebagai trak diesel dual-cab terkuat di Australia, mengatasi pesaing seperti Toyota Hilux, Ford Ranger, Mitsubishi Triton, dan Nissan Navara.

Kia daftar nama trak pikap baharu, sasar jadi pencabar paling berkuasa untuk Hilux! 02

Genesis GV80 dengan enjin 6-silinder 3.0 liter diesel

Kia belum mengesahkan atau menafikan nama Tasman untuk model terbaharunya. Sungguhpun begitu, sekiranya benar, nama itu sendiri merupakan promosi terbaik Kia dalam meletakkan asas yang baik di negara dominan trak pikap atau turut dipanggil "ute" di sana.

Baca: Trak pikap Hyundai: bakal saingi Toyota Hilux โ€“ pelancaran di Malaysia pada tahun 2023?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda