window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia EV6 pertama Malaysia sudah diserahkan kepada pelanggan; yang lain menyusul kelak!

Haris · Sep 8, 2022 11:00 AM

Kia EV6 pertama Malaysia sudah diserahkan kepada pelanggan; yang lain menyusul kelak! 01

Jika anda merupakan peminat kereta secara amnya, tentu anda mengenali model Kia EV6 yang dilaporkan 'barang panas' sebelum ini dek kerana sambutan hangat di peringkat domestik dan global.

Dijangka mempunyai tempoh menunggu sehingga memakan tahun, model Kia EV6 pertama di Malaysia nampaknya telah diserahkan kepada pelanggan, dikenali sebagai Mr Tan sekitar 2 bulan selepas pelancaran. 

Kia EV6 pertama Malaysia sudah diserahkan kepada pelanggan; yang lain menyusul kelak! 02

Kia EV6 debut awam pertama

Model yang dimiliki oleh Mr Tan adalah unit Kia EV6 GT-Line AWD, varian tunggal yang diimport sepenuhnya dari Korea. Menariknya, Kia EV6 pertama Malaysia ini menarik perhatian dengan warna Runway Red, menjadikan 2 warna yang pernah dilihat di atas jalan Malaysia selain Moonscape.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Kia EV6 - permintaan global tinggi, Malaysia hanya dapat 5 unit, sebelum lancar dah habis licin!

Kia EV6 pertama Malaysia sudah diserahkan kepada pelanggan; yang lain menyusul kelak! 01

Kia EV6 pertama Malaysia sudah diserahkan kepada pelanggan; yang lain menyusul kelak! 02

Bateri 77.4 kWh bervoltan tingginya dengan penyejukan cecair mempunyai 4.8 kWh kuasa lebih tinggi berbanding Hyundai Ioniq 5, menghamburkan 325 PS (239 kW) bagi menggerakkan keempat-empat roda. Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 5.2 saat, dengan kelajuan maksimum 185 km/j.

Model GT-Line didatangkan dengan rim lebih besar bersaiz 20-inci, bumbung suria, dan sistem bunyi Meridian dengan 14 pembesar suara.

Kia EV6 pertama Malaysia sudah diserahkan kepada pelanggan; yang lain menyusul kelak! 03

Masa pengecasan melalui pengecas AC 11 kW mengambil masa 7 jam 20 minit daripada 10 hingga 100 peratus.

Di samping itu, seni bina elektrik 400V / 800V yang menyokong Kia EV6 ini mampu melakukan pengecasan pantas DC sehingga 350 kW yang mengecas bateri daripada 10 hingga 80 peratus dalam hanya 18 minit.

Kia EV6 pertama Malaysia sudah diserahkan kepada pelanggan; yang lain menyusul kelak! 04

Berharga daripada RM 300,668, Kia EV6 didatangkan dengan ciri keselamatan aktif dan pasif. Antaranya:

  • 7 beg udara
  • Bantuan Mula Bukit
  • Kawalan Pelayaran Adaptif
  • Kamera 360 darjah
  • Rear Cross-Traffic Alert dengan fungsi Collision Avoidance

Baca: Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia EV6 GT-Line AWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda