window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia EV6 di Malaysia naik harga gara-gara tekanan inflasi - hampir RM 19k lebih mahal!

Faisal · Jul 5, 2023 03:00 PM

Kia EV6 di Malaysia naik harga gara-gara tekanan inflasi - hampir RM 19k lebih mahal! 01

Pengedar-pengedar Kia nampaknya perlu memaklumkan kepada pelanggan bahawa harga Kia EV6 2023 sekarang ini sudah naik RM 19k, sekaligus meletakkan ia pada harga RM 319,668 (varian solo GT-Line AWD).

Kereta elektrik yang diimport (CBU) dari Korea ini dilancarkan di Malaysia pada Julai 2022 pada harga RM 300,668.

Kia EV6 di Malaysia naik harga gara-gara tekanan inflasi - hampir RM 19k lebih mahal! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun dengan kenaikan harga, spesifikasinya tetap sama di mana ia hadir dengan pek bateri 77.4 kWj dan motor elektrik 325 PS/605 Nm. Gabungan kedua-dua komponen memberi jarak pandu sejauh 506 km (kitaran WLTP).

Apapun, harga Kia Sorento (bermula RM 211,498) dan Kia Carnival (bermula RM 199,840) tidak mengalami sebarang kenaikan, sekurang-kurangnya buat sekarang.

Tetapi untuk makluman anda, pengedar Kia di Malaysia iaitu Dinamikjaya Motors yang merupakan anak syarikat Bermaz Auto telah memaklumkan bahawa kenaikan harga untuk model lain juga mungkin berlaku kerana sektor bekalan automotif berhadapan dengan kemelut kenaikan kos (tenaga dan bahan mentah).

Dalam majlis pelancaran Kia Niro EV pagi tadi, Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto, Dato Sri’ Ben Yeoh mengulas dengan berkata, “Ya (harga juga naik untuk model lain) tetapi ia hanya disebabkan oleh rantaian bekalan dan kurang berkait dengan matawang. Sebenarnya, isu ini menjejaskan ramai pihak dalam industri ini, bukan setakat kami”.

Minggu ini sahaja, Mitsubishi, Honda dan Toyota telah mengumumkan kenaikan harga buat model-model terlaris mereka.

Juga bacaKia Niro EV 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 255k, 204 PS/255 Nm, pembekal kuasa V2L

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia EV6 GT-Line AWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia