window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kompaun ingkar SOP PKP naik RM 10,000 bermula hari ini

Mersita ยท Mar 11, 2021 02:45 PM

Kompaun ingkar SOP PKP naik RM 10,000 bermula hari ini 01

Individu yang didapati melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mula dikenakan kompaun RM 10,000 bermula hari ini, 11 Mac 2021. Manakala, bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan sama akan dikenakan kompaun sebanyak RM 50,000.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, dalam satu sidang media khas hari ini menjelaskan bahawa langkah menaikkan kompaun ini adalah untuk mengekang orang awam daripada melanggar SOP PKP demi memutuskan rantaian COVID-19 di negara kita. Beliau berkata ini bukannya untuk menghukum rakyat ataupun satu cara bagi kerajaan mendapatkan wang, namun ia semata-mata untuk mengelakkan orang awam daripada melanggar SOP PKP yang telah ditetapkan.

Kompaun ingkar SOP PKP naik RM 10,000 bermula hari ini 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya diperuntukkan bagi pesalah.

Langkah ini adalah sebahagian daripada pindaan keatas Akta 342 atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Keperluan untuk meningkatkan kompaun tersebut kerana di bawah Akta 342, maksimum denda yang dikenakan ialah RM1,000 sahaja dan ia didraf pada tahun 1988.

Kompaun ingkar SOP PKP naik RM 10,000 bermula hari ini 01

Gambar: The Nusantara Daily

Antara kesalahan-kesalahan melanggar SOP PKP yang boleh dikompaun termasuklah SOP yang biasa kita dengar iaitu tidak mematuhi/menjaga penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka di tempat awam, gagal menyediakan peralatan rekod butiran pelanggan, dan merentas negeri tanpa kebenaran.

Namun, Abdul Hamid berkata orang awam tidak perlu risau dan perlu patuhi peraturan yang sudah ditetapkan. Pesalah yang dikenakan kompaun diberi tempoh masa dua minggu untuk menjelaskan kompaun yang diberi. Menurut beliau, kompaun boleh dikurangkan namun ini adalah mengikut budi bicara dengan pegawai terlibat. Sila patuhi SOP.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda