window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir?

Mersita · May 23, 2021 06:00 PM

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 01

Bagi setiap warga Malaysia yang memiliki lesen memandu sah, tak semua pandai memandu di jalan raya awam. Ada yang bersusah-payah ikut kursus sekolah memandu dan bayar ribuan Ringgit, tapi lesennya hanya untuk masuk frame dan gantung di dinding saja.

Ya, segelintirnya memang begitu. Bagi yang sudah ada lesen dan pandai memandu, ada macam-macam jenis dan pe’el pula. Ada yang setakat pandai hidupkan enjin dan tekan pedal, ada pula yang memandu betul-betul ikut buku, dan ada juga yang rasa dirinya sudah hebat sehingga jadi keras kepala.

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jujurnya, ada lesen memandu sahaja tidak mencukupi. Pemandu kita samada benar-benar kurang yakin memandu atau terlalu yakin semasa memandu – kedua-duanya tidak ideal bagi perjalanan trafik yang lancar setiap masa.

Di mana silapnya?

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 01

Kurikulum penuh dari awal sampai habis di sebelah kiri

Kurikulum yang lapuk dan kurang lengkap

Kurikulum sekolah memandu di negara kita pernah ‘dinaiktaraf’ pada tahun 2007. Pada tahun 2015 pula, modul pemeriksaan sebelum memandu atau ‘pre-driving inspection’ (RPK / KPP02) diberi penambahan. Malangnya, aspek yang paling penting iaitu ujian memandu praktikal kekal sama seperti dahulu.

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 02

Lagipun, kajian yang dijalankan pada tahun 2016 oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan kurikulum pemanduan baharu berkenaan mendatangkan peningkatan yang sedikit sahaja.

Rakan penulis kami, Sanjay, telah menjalani kursus pemanduan defensif dan bertahap tinggi baru-baru ini.

Semasa menjalani kursus berkenaan, beliau sedar betapa kurangnya ilmu memandu yang diturunkan kepadanya semasa mengambil lesen memandu kereta (D) dahulu. Banyak perkara yang dianggap penting baru saja dipelajarinya semasa kursus tahap lebih tinggi itu.

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 03

Ujian slalom bagus untuk mengajar kawalan kenderaan

Oleh itu, apa penyelesaiannya?

Kita perlukan falsafah baharu jika kita mahu melihat perubahan lebih baik pada tabiat memandu di jalan raya dan juga pada statistik kemalangan. Selain daripada silibus yang telah lapuk, tenaga pengajar sekolah memandu juga patut diberi peluang atau didorong untuk jadi lebih proaktif dalam memberi panduan berguna kepada pelajar-pelajarnya.

Sanjay juga berkesempatan untuk berbual dengan beberapa orang tenaga pengajar di sebuah sekolah memandu sambil meneliti buku panduan Kurikulum Pembelajaran Pemandu (Driver’s Education Curriculum, DEC) yang terkini.

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 04

Baca juga: Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke?

Walaupun topik pemanduan defensif ada di dalam buku rujukan kursus memandu, ia tidak didalami dengan lebih terperinci ketika di dalam kelas. Sesi kelas 6 jam yang terpaksa dilalui oleh semua penuntut membincangkan topik-topik di dalam buku rujukan berkenaan secara ringkas saja.

Kongsi tip praktikal untuk tingkatkan keyakinan

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 05

Bergantung kepada sekolah memandu yang anda hadiri, segelintir tenaga pengajar lebih banyak bercerita tentang kisah pemanduan dunia sebenar serta taktik pemanduan paling sesuai mengikut keadaan.

Penceritaan pengalaman ini agak bagus bagi meningkatkan keyakinan di kalangan pemandu-pemandu baru. Ikut buku 100 peratus pun boleh membuatkan pemandu baru rasa teragak-agak ketika di jalan raya, dan ini boleh mengundang bahaya jika ‘kena’ pada tempat dan masanya.

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 06

Ada diajar bagaimana memandu dalam cuaca hujan dan gelap dengan selamat?

Namun, tidak dinafikan banyak topik berguna yang patut diberi lebih banyak perhatian supaya pemandu tahu bagaimana untuk bertindak ketika dalam situasi trafik yang pelbagai.

Antaranya ialah cara untuk memotong dengan betul dan selamat, cara mengagak jarak brek yang sesuai, cara tepat untuk memposisikan kenderaan dengan selamat, serta tabiat-tabiat pemanduan am yang bagus.

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 07

Ada beberapa topik yang agak jarang dibincangkan, termasuklah:

  • Cara menukar lorong di lebuh raya
  • Langkah-langkah keselamatan ketika memandu berhampiran kenderaan berat
  • Kaedah betul untuk memotong dengan selamat
  • Jangkaan bahaya mendatang
  • Tahap penglihatan vs. anggaran jarak pemberhentian kenderaan
  • Cara mengatasi titik buta
  • Pemanduan ketika waktu malam dan cuaca hujan

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 08

Ujian paling gerun ini sajalah. Kebanyakan kereta dah auto, apa ada hal? Tambah lagilah topik lebih berguna seperti kawalan kenderaan dan cara brek ABS lebih berkesan, misalnya.

Kurikulum pemanduan kita kurang kepelbagaiannya dan pelbagai tip-tip berguna tidak ditegaskan di dalam kurikulum standard.

Mungkin sekolah memandu yang anda hadiri lebih proaktif dalam membekalkan anda dengan ilmu dan tip berguna, namun hakikatnya ia tidak diutamakan sebagai topik penting di dalam silibus yang perlu dipatuhi semua sekolah memandu.

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 09

Meninggalkan calon di bawah seliaan tanpa pengawasan ketika sesi latihan memandu akan dikenakan saman. Tayar kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga satu kesalahan.

Baca juga: Cikgu sekolah memandu kena saman JPJ, biarkan murid memandu sendiri!

Kurikulum apa yang boleh kita contohi?

Kebanyakan negara-negara Eropah sudah lama mengubahsuai kurikulum pemanduan mereka supaya berfokuskan kepada impak pemanduan berbahaya, persepsi bahaya serta proses-proses penilaian/pemantauan kendiri.

Kerangka Goals for Driver Education (GDE) ini menggantikan pendekatan lama yang hanya menumpukan kepada kemahiran tahap rendah seperti kawalan asas kenderaan, rutin trafik, dan interaksi bersama pengguna jalan raya yang lain. Tahap inilah yang masih digunapakai oleh kurikulum di negara kita.

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 10

Sumber

Konsep ini terbukti berkesan, dimana kajian menunjukkan adaptasi kepada pendekatan ini berjaya mengurangkan risiko kemalangan di kalangan belia sehingga 23%.

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir? 11

Tak perlu sports car untuk belajar semua ini

Kesimpulan

Jika kita dekati kerangka pembelajaran ini untuk kurikulum di Malaysia, ia satu permulaan yang bagus. Ia memberi peluang kepada penuntut untuk memperhalusi kemahiran pemanduan mereka.

Anda mahukan suasana pemanduan yang lebih kondusif, selamat, dan rendah risiko? Kita perlu atasinya sejak dari awal lagi iaitu di sekolah memandu. Ramai saja yang guna ‘lesen terbang’, dan masalah ini saja sudah meningkatkan risiko dan merendahkan tahap keselamatan di jalan raya kita.

Usah terlalu ego dengan kebolehan memandu masing-masing, kita perlu sedar diri bahawa banyak lagi benda yang kita tak tahu. Sekolahlah sebelum anda disekolahkan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda