window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Laku keras. Kesemua 500 unit KTM 1290 Super Duke RR 2021 habis dijual kurang sejam!

Khairil ยท Apr 15, 2021 06:00 PM

Laku keras. Kesemua 500 unit KTM 1290 Super Duke RR 2021 habis dijual kurang sejam! 01

Jentera KTM paling 'hadrcore', KTM 1290 Super Duke RR 2021 baru saja dilancarkan minggu lalu. Dan berita sedih, jika ada sesiapa yang berhajat mendapatkan motosikal 'supernaked' atau 'hypernaked' hebat ini, anda sudah terlalu lambat.

Laku keras. Kesemua 500 unit KTM 1290 Super Duke RR 2021 habis dijual kurang sejam! 02

Disifatkan ramai pengkritik automotif sebagai jentera supernaked paling ekstrim daripada KTM pada 2021, kesemua 500 unit jentera edisi khas itu habis terjual dalam tempoh amat pantas, kurang sejam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Laku keras. Kesemua 500 unit KTM 1290 Super Duke RR 2021 habis dijual kurang sejam! 01

Laman web Itali, Omnimoto mendakwa ia hanya memerlukan 48 minit untuk kesemua 500 unit yang diperuntukkan di seluruh dunia itu habis disambar peminat motosikal berkenaan dengan pra-tempahan hanya boleh dilakukan secara online, pertengahan minggu lalu.

Laku keras. Kesemua 500 unit KTM 1290 Super Duke RR 2021 habis dijual kurang sejam! 02

Sebagai jentera edisi khas yang dicipta fokus kepada 'prestasi tulen', KTM 1290 Super Duke RR 2021 pastinya lebih berkuasa, canggih dan ringan jika dibandingkan dengan model standard, KTM 1290 Super Duke R 2021, yang sebenarnya sudah cukup hebat.

Laku keras. Kesemua 500 unit KTM 1290 Super Duke RR 2021 habis dijual kurang sejam! 03

Sekalipun tiada perbezaan dari sudut sesaran enjin, 1,301 cc, V-twin, namun KTM 1290 Super Duke RR 2021 telah ditala semula supaya lebih berkuasa dengan berupaya menghasilkan 180 Hp dan tork 140 Nm.

Sebagai perbandingan, KTM 1290 Super Duke R 2021 menghasilkan kuasa 177 Hp dan tork yang hampir sama.

Laku keras. Kesemua 500 unit KTM 1290 Super Duke RR 2021 habis dijual kurang sejam! 04

Dari sudut tunggangan pula, ia juga didakwa lebih lincah dan mampu menawarkan lebih kestabilan pada kelajuan tinggi berbanding KTM 1290 Super Duke R 2021. Manfaat itu diperoleh kerana KTM 1290 Super Duke RR 2021 dibina 9 kg lebih ringan.

Laku keras. Kesemua 500 unit KTM 1290 Super Duke RR 2021 habis dijual kurang sejam! 05

Pengurangan berat itu dapat dicapai menerusi penggunaan komponen gentian karbon di beberapa bahagian panel badan yang lebih ringan dan kukuh, penggunaan bateri lithium-ion yang baharu, unit pelana baharu serta sistem ekzos Titanium Akrapovic yang lebih tebal namun ringan. Komponen itu saja membantu pengurangan berat sebanyak 1.5 kg.

Laku keras. Kesemua 500 unit KTM 1290 Super Duke RR 2021 habis dijual kurang sejam! 06

Sebagai tambahan, casis yang digunakan turut dikemas kini dan menambah lagi keistimewaannya, jentera ini dilengkapkan fork istimewa dari jenama WP Apex Pro 7548 Close Cartridge, damper boleh laras WP Apex Pro 7117 dan monoshock Apex Pro 7746.

Laku keras. Kesemua 500 unit KTM 1290 Super Duke RR 2021 habis dijual kurang sejam! 07

Menurut sebuah laman web di Australia, jentera hebat ini dijual pada tanda harga $38,400 AUD iaitu kira-kira RM 122,255 mengikut tukaran wang semasa. Harga yang hebat bagi model edisi khas.

Tidak diketahui jika ada pembeli dari Malaysia turut bertuah menjadi pemilik kepada jentera hebat keluaran Austria ini. Kalau ada, anda memang 'power'.

Sumber: visordown

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda