window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport!

Faisal · Oct 15, 2021 12:30 PM

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 01

Lexus Malaysia baru sahaja melancarkan Lexus ES 250 facelift 2021 sebentar tadi. Sedan eksekutif yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini ditawarkan dengan varian:

  • ES 250 Premium – RM 295,663.50
  • ES 250 Luxury – RM 329,910.50
  • ES 250 F-Sport – RM 345,134.00

Harga yang tertera adalah berpandukan atas jalan, tanpa insurans dan termasuk diskaun SST sebanyak 50%.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara umumnya, model facelift menampilkan sedikit pembaharuan pada gaya, suspensi dan kelengkapan. Malah, terdapat varian baru yang dikenal sebagai F-Sport.

Eksterior: Pembaharuan pada gril, lampu, roda dan warna

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 01

Varian Luxury.

Bermula dari wajah, fasia Lexus ES diperbaharui dengan ‘spindle grille’ bersisip menegak yang lebih minimalis dan paten berbentuk L.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 02

Varian F-Sport.

Gril pada varian F-Sport pula datang dengan reka bentuk mesh dan bukaan yang lebih banyak.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 03

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 04

Bergantung pada varian, lampu depan buat Lexus ES turut dikemaskini yang mana lampu projektor Bi-LED yang hadir pada varian Premium kini datang dengan bingkai dalam yang baru. Lampu projektor LED tiga suluhan yang dilengkapkan pada varian Luxury dan F-Sport pula tampil dengan paten LED yang lebih baru.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 05

Beralih ke bahagian roda, varian F-Sport menonjol dengan rim 19 inci yang berkemasan Dark Premium Metallic.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 06

Varian Luxury memperagakan roda 18 inci.

Varian Premium dan Luxury pula lengkap dengan roda 18 inci tetapi varian permulaan dikemaskini dengan reka bentuk baru yang berwarna Dark Gray Metallic.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 07

Atas: Sonic Iridium, Sonic Chrome.

Melengkapi pembaharuan kali ini adalah beberapa pilihan warna baru untuk varian Premium dan Luxury. Antaranya seperti Sonic Iridium dan Sonic Chrome.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 08

White Nova Glass Flake pada varian F-Sport.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 09

Heat Blue Contrast Layering.

Mengenai varian F-Sport pula, penawaran warna baharu terdiri daripada Heat Blue Contrast Layering dan White Nova Glass Flake.

Interior: Kombinasi baru, infotainment yang lebih dekat

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 10

ES 250 Luxury.

Selain warna eksterior, tema kabin dwi-tona juga menerima penawaran baru.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 11

Tema dwi-tona Mauve yang ada di pasaran luar negara.

Untuk varian Premium dan Luxury, pembeli boleh memilih warna hitam dengan trim Walnut Black ataupun Hazel dengan Walnut Brown.

Varian Luxury pula menambah pilihan warna Mauve dengan trim Walnut Black.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 12

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 13

Mengenai F-Sport, elemen sporty yang diterapkan lengkap dengan pilihan warna Black ataupun Flare Red tetapi dengan trim aluminium.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 14

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 15

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 16

Model yang didatangkan buat pertama kali di Malaysia ini juga hadir dengan jam analog dan kluster instumen yang boleh bergerak.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 17

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 18

Apa yang paling berbeza buat model facelift ialah skrin infotainment (8 inci untuk Premiun & 12.3 inci untuk Luxury dan F-Sport) yang 11.2 cm lebih dekat dengan pengguna. Malah, sudut paparannya 5 darjah lebih ke kanan untuk visual yang lebih ergonomik buat pemandu.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 19

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 20

Di samping itu, port USB juga diperbaharui dengan jenis Type-C.

Prestasi: Casis yang lebih mantap

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 21

Lexus telah menambah 'brace' pada suspensi belakang untuk meningkatkan ketegaran. Malah varian Luxury dan F-Sport dilengkapkan sekali dengan performance damper.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 22

Selain daripada itu, ia kekal sama seperti sebelum ini yang mana Lexus ES facelift beransur dengan enjin 2.5L aspirasi natural (204 PS, 247 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 23

Pecutan 0-100 km/j mengambil masa selama 9.1 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 210 km/j.

Keselamatan: ADAS LSS+ yang lebih baik

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 24

ADAS Lexus Safety System+ didatangkan standard pada kesemua varian.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 25

Tetapi untuk kali ini, kamera radar dan monokular telah dikemaskini untuk meningkatkan pengesanan penunggang basikal dan motosikal pada siang hari dan pejalan kaki pada tempat yang gelap.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 26

Selain itu, ciri Adaptive High-beam System (AHS) turut diperbaharui dengan BladeScan untuk pembiasan cahaya yang lebih tepat tanpa menyilaukan pengguna jalan raya yang lain.

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 27

Juga dilengkapkan adalah Adaptive Front-lighting System (AFS) baharu yang menyuluh lampu rendah ke arah yang hendak dituju.

Antara ciri Lexus Safety System+ termasuklah:

  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan Stop & Go
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Alert (BSM, RCTA)
  • Parking Support Brake (PKSB)

Lexus ES 250 facelift 2021 rasmi di Malaysia, dari RM 296k, kini dengan varian F-Sport! 28

Pembeli yang berminat boleh membuat tempahan di kesemua pengedar Lexus di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Lexus ES 250 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda