window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MAA: Kerajaan baru mengkaji semula kiraan OMV baru

Mersita · Jul 29, 2020 11:00 AM

MAA: Kerajaan baru mengkaji semula kiraan OMV baru 01

Enam bulan lalu, The Star menulis tentang topik yang agak kontroversi, dimana mereka menyebut yang kereta dipasang tempatan (CKD) barangkali akan lebih mahal disebabkan oleh kaji-semula kiraan Nilai Pasaran Terbuka atau Open Market Value (OMV).

Menurut satu laporan oleh Paultan.org, Presiden Malaysia Automotive Association (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata yang MAA telah menulis surat rayuan kepada kerajaan baru berkenaan OMV baru ini.

“Mereka berkata yang mereka sedang mengaji perkara ini untuk membuatkan ia lebih sesuai dan boleh diterima oleh industri automotif, dan kami sedang menunggu hasil daripada kajian ini,” kata beliau.

MAA: Kerajaan baru mengkaji semula kiraan OMV baru 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Datuk Aishah menambah, “Saya rasa ia tidak akan mengambil masa yang lama dan kami akan tahu keputusannya nanti. Ia adalah kerja dalam proses.”

Pada bulan Januari, Datuk Aishah berkata, “Sebarang peningkatan dalam harga OTR akan diserap sepenuhnya atau dikecualikan oleh Kementerian Kewangan untuk tahun ini dan perbezaan dalam duti bagi tahun-tahun sebelumnya juga akan dikecualikan.”

MAA: Kerajaan baru mengkaji semula kiraan OMV baru 01

Imbas semula, harga bagi kereta dipasang tempatan mula-mula dirancang untuk dinaikkan selepas Tahun Baru Cina, tapi Kementerian Kewangan telah menangguhkannya sehingga 31 Disember 2020. Kenaikan harga ini disebabkan oleh dua faktor: penarikan-semula insentif EEV dan perubahan dalam kiraan Open Market Value (OMV) – seperti yang dijelaskan di sini.

Pengkajian semula OMV berpotensi untuk menaikkan harga kereta sekurang-kurangnya 15% - jika anda membeli kereta bernilai RM 100,000, anda boleh jangkakan untuk membayar sekurang-kurangnya RM 115,000, cukup untuk membatalkan niat pembeli untuk membeli kereta.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda