window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia ketinggalan? Honda City 2023 facelift akan dilancarkan di Thailand, Vietnam pada Julai

Mersita · Jun 20, 2023 04:50 PM

Malaysia ketinggalan? Honda City 2023 facelift akan dilancarkan di Thailand, Vietnam pada Julai 01

Honda City 2023 facelift yang dinaiktaraf didebut secara global di India pada Mac lalu dan dijangka akan tiba di pasaran Malaysia dalam tahun ini. Bagaimanapun, Malaysia tidak akan menjadi pasaran pertama bagi City facelift di Asia Tenggara. Sebaliknya, Thailand atau Vietnam akan menyaksikan pelancaran City baru ini terlebih dahulu.

Malaysia ketinggalan? Honda City 2023 facelift akan dilancarkan di Thailand, Vietnam pada Julai 02

Menurut Autolife Thailand, City dinaiktaraf ini dikhabarkan akan dilancarkan pada awal Julai. Secara keseluruhannya, City spesifikasi Thai itu nanti akan berkongsi kelengkapan dan trim baru yang sama dengan City spesifikasi India – termasuklah rekaan jejaring hadapan corak sarang lebah, bampar depan dan belakang, serta rim aloi yang semuanya baru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia ketinggalan? Honda City 2023 facelift akan dilancarkan di Thailand, Vietnam pada Julai 01

Satu-satunya perbezaan antara City facelift Thailand dan India ialah trenkuasa petrol untuk model pasaran Thai. Daripada menggunakan enjin 1.5 liter NA DOHC i-VTEC (121 PS/145 Nm), City Thai menggunakan enjin petrol 1.0 liter berpengecas turbo 3 silinder (122 PS/173 Nm) untuk mematuhi undang-undang Eco Car Thailand.

Juga baca: Toyota Yaris Ativ (Vios) laku keras, dijual x3 lebih banyak daripada Honda City pada S1 2023 di Thailand

Malaysia ketinggalan? Honda City 2023 facelift akan dilancarkan di Thailand, Vietnam pada Julai 02

City RS e:HEV spesifikasi Thai yang dijual di pasarannya

Enjin i-VTEC NA 3 silinder dan enjin hybrid 1.5 liter e:HEV 4 silinder (digabung 126 PS/253 Nm) akan dibawa ke unit pasaran Thailand bagi City dinaiktaraf ini.

Di samping itu, Honda Vietnam baru-baru ini berkongsi gambar acah City baru di media sosial berserta tarikh pelancarannya. Ia dirancang untuk didebut di Vietnam pada 4 Julai 2023 dan City baru ini juga akan menampilkan naiktaraf serupa dengan model pasaran India.

Malaysia ketinggalan? Honda City 2023 facelift akan dilancarkan di Thailand, Vietnam pada Julai 03

City RS spesifikasi Vietnam yang kini di pasarannya

Bagaiamanapun, jika merujuk kepada model pra-facelift yang sedia ada, City spesifikasi Vietnam hanya ditawarkan dengan enjin petrol 1.5 liter. Mungkin satu varian hybrid akan diperkenalkan dengan City baru ini di negara itu memandangkan fokus Honda sekarang adalah menawarkan model-model elektrik di semua pasaran.

Malaysia ketinggalan? Honda City 2023 facelift akan dilancarkan di Thailand, Vietnam pada Julai 04

Selain menerima Honda City diperbaharui berpemanduan sebelah kiri (LHD) pertama, adakah Vietnam juga akan menjadi pasaran pertama di ASEAN untuk memperkenalkan model baru ini? Menurut sejarah, Thailand selalunya menjadi pasaran utama bagi Honda City sejak model sulungnya diperkenalkan di negara itu 25 tahun lalu.

Apa-apa pun, City juga berjaya menawan hati pembeli di Vietnam memandangkan ia berjaya menandingi Toyota Vios dan merangkul takhta sedan segmen B terlaris di negara itu.

Malaysia ketinggalan? Honda City 2023 facelift akan dilancarkan di Thailand, Vietnam pada Julai 05

Di Malaysia pula, kami difahamkan yang City baru ini akan didatangkan dengan ADAS Honda Sensing sebagai standard pada semua varian yang ditawarkan. Ini satu naiktaraf yang besar memandangkan City pra-facelift hanya menawarkan Sensing pada dua varian tertingginya iaitu V Sensing dan RS e:HEV.

Juga baca: Spesifikasi Honda City facelift 2023 di Malaysia setakat ini: Sensing untuk semua, ubah stail baru

Malaysia ketinggalan? Honda City 2023 facelift akan dilancarkan di Thailand, Vietnam pada Julai 06

Memandangkan ia bakal menampilkan Honda Sensing sebagai standard, warga Malaysia boleh jangkakan harga City baru nanti akan naik agak tinggi apabila ia dilancarkan di sini kelak. Buat masa ini, City pra-facelift yang dijual di pasaran masih ditanda harga seperti berikut:

  • 1.5 S: RM 77,600
  • 1.5 E: RM 85,600
  • 1.5 V: RM 90,600
  • 1.5 V Sensing: RM 94,600
  • 1.5 RS e:HEV: RM 108,800

Juga baca: Spyshot: Kelibat Honda City 2023 facelift dilihat di Malaysia - ada Low-Speed Follow untuk cabar Vios?

Nak beli kereta baru? Jom sertai LIVE TikTok kami WapCar x CARSOME esok bermula 11am - 1pm untuk baucar promo eksklusif CARSOME Certified bernilai RM 500.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda