window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Maverick Vinales menang GP Qatar - Rossi tempat ke 12, Morbidelli gelincir kedua terakhir!

Khairil ยท Mar 30, 2021 10:00 AM

Maverick Vinales menang GP Qatar - Rossi tempat ke 12, Morbidelli gelincir kedua terakhir! 01

Penunggang Monster Yamaha MotoGP, Maverick Vinales memulakan kempen MotoGP 2021 dengan langkah kanan apabila menjuarai GP Qatar yang berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, malam tadi.

Bermula di petak ketiga, pelumba kelahiran Sepanyol itu pada satu ketika tercicir ke kedudukan kelapan selepas pusingan pertama namun berjaya mengejar kembali kelompok utama sebelum merangkul kemenangan ke-10 kariernya dalam MotoGP.

Maverick Vinales menang GP Qatar - Rossi tempat ke 12, Morbidelli gelincir kedua terakhir! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti yang disebutkan selepas sesi kelayakan, Vinales berkata strategi yang baik ketika perlumbaan akan menjadi kunci kepada kejayaannya. Ia termasuk kerjasama yang baik dengan rakan sepasukan, Fabio Quartararo.

Pada satu ketika, gandingan berkenaan berada di kedudukan keenam dan kelapan selepas pusingan pertama sebelum mendaki kedudukan untuk mengejar pelumba di hadapan terutama penunggang Ducati.

Maverick Vinales menang GP Qatar - Rossi tempat ke 12, Morbidelli gelincir kedua terakhir! 01

"Saya rasa selesa berada di belakang Fabio kerana saya dapat melihat Ducati tidak akan dapat melepaskan diri," katanya. "Fabio merapatkan jurang dan saya cuba untuk menyimpan tayar (cengkaman) sebaik yang mungkin, terutama tayar belakang.

"Ketika 'slipstream', Fabio sentisa merapatkan jurang jadi saya tidak mengambil begitu banyak risiko, hanya memberi tekanan apabila saya melihat saya boleh mengambil peluang untuk memintas Fabio, Johann (Zarco) dan Pecco (Francesco Bagnaia).

Maverick Vinales menang GP Qatar - Rossi tempat ke 12, Morbidelli gelincir kedua terakhir! 02

"Pada enam atau tujuh pusingan itulah saya memberi tekanan yang kuat dan saya fikir kami memang berjaya melakukan pusingan yang pantas, dan apabila kami memintas, kami juga amat pantas. Dan selepas itu, saya hanya cuba untuk menjaga tayar.

"Sejujurnya, kami berkerja keras pada minggu ini dan pada sesi latihan bebas keempat bersama dengan tayar yang sudah digunakan, kami mendapat lebih kefahaman mengenai bagaimana tayar ini berfungsi dan bagaimana untuk mendapatkan cengkaman daripadanya."

Sementara itu, aksi dua pelumba Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi dan Franco Morbidelli tidak begitu menjadi apabila masing-masing menamatkan perlumbaan di tangga ke-12 dan ke-18.

Maverick Vinales menang GP Qatar - Rossi tempat ke 12, Morbidelli gelincir kedua terakhir! 03

Rossi yang bermula di petak keempat berkata masalah cengkaman sekali lagi menghantuinya namun bertekad untuk mencapai keputusan lebih baik pada pusingan berikutnya.

"Kami menjangkakan sesuatu yang lebih baik terutama selepas sesi kelayakan tetapi ketika perlumbaan, saya banyak bergelut kerana selepas beberapa pusingan, saya berdepan masalah dengan tayar," kata Rossi.

Maverick Vinales menang GP Qatar - Rossi tempat ke 12, Morbidelli gelincir kedua terakhir! 04

"Kami melakukan perbincangan yang panjang, saya memberitahu pendapat saya dan kini kami cuba untuk meningkat dan memperbaiki masalah untuk kembali dengan lebih kuat pada hujung minggu ini."

Perlumbaan pusingan kedua MotoGP juga dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Losail namun dikenali GP Doha. - Agensi

Sumber imej: Facebook Yamaha MotoGPFacebook Petronas Yamaha SRT

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda