window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz C-Class 2021 (W206) dijual secara rasmi di Eropah, akan tiba juga di Malaysia

Zamil Syaheer · Mar 31, 2021 07:00 PM

Mercedes-Benz C-Class 2021 (W206) dijual secara rasmi di Eropah, akan tiba juga di Malaysia 01

Penjualan Mercedes-Benz C-Class 2021 baru sahaja bermula di Eropah, hanya sebulan selepas debut global.

Untuk pasaran Eropah, terdapat tiga varian petrol iaitu C180, C200, dan C300. Kedua-dua C200 dan C300 mendapat pilihan pacuan semua roda (4Matic). Sementara itu, pilihan diesel adalah C220d dan C300d.

Mercedes-Benz C-Class 2021 (W206) dijual secara rasmi di Eropah, akan tiba juga di Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai rangkuman, C180 dan C200 menggunakan enjin 1.5 liter 4 silinder bercas turbo dengan penjana pemula bersepadu (ISG), masing-masing menghasilkan 170 PS/250 Nm dan 204 PS/300 Nm.

C300 juga menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder bercas turbo dengan ISG, menghasilkan 258 PS/400 Nm.

Mercedes-Benz C-Class 2021 (W206) dijual secara rasmi di Eropah, akan tiba juga di Malaysia 01

Manakala C220d dan C300d berkongsi enjin 2.0 liter turbodiesel yang sama, masing-masing dengan 200 PS/440 Nm dan 265 PS/550 Nm. Sama seperti varian petrol, ia juga menggunakan trenkuasa mild-hybrid dengan ISG.

Mercedes-Benz C-Class 2021 (W206) dijual secara rasmi di Eropah, akan tiba juga di Malaysia 02

C-Class baru menampilkan stereng gandar belakang dengan nisbah stereng langsung di gandar depan. Sudut stereng maksimum pada gandar belakang ialah 2.5 darjah. Ini mengurangkan radius pusingan sebanyak 43 sentimeter hingga 10.64 meter.

Sistem infotainment MBUX (Mercedes-Benz User Experience) adalah standard. Para pembeli boleh memilih saiz ukuran skrin sehingga 11.9 inci bergantung pada opsyen.

Mercedes-Benz C-Class 2021 (W206) dijual secara rasmi di Eropah, akan tiba juga di Malaysia 03

Driving Assistance Package pula merangkumi Active Distance Assist Distronic, Active Speed Limit Assist, Active Stop-and-Go Assist, Active Steering Assist, Active Lane Changing Assist, Active Blind Spot Assist dan Pre-Safe Plus.

Bila C-Class nak sampai Malaysia? 

Mercedes-Benz C-Class 2021 (W206) dijual secara rasmi di Eropah, akan tiba juga di Malaysia 04

Dengan andaian bahawa Mercedes-Benz Malaysia akan mengikuti rancangan pengenalan yang sama dengan C-Class generasi W205, kumpulan pertama yang diimport sepenuhnya dijangka tiba di Malaysia sekitar 9 bulan kemudian.

Ini bermakna ia mungkin dilancarkan pada Januari 2022. Seperti biasa, unit CBU bakal tiba dahulu sebelum unit CKD dibina.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda