window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 dilancar di Malaysia - RM 374k, PHEV dengan 320 PS/700 Nm!

Faisal · Jun 22, 2022 11:34 AM

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 dilancar di Malaysia - RM 374k, PHEV dengan 320 PS/700 Nm! 01

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz GLC (C253) 300e Coupe versi hibrid plug-in (PHEV). SUV eksekutif berbentuk coupe yang dipasang di kilang Pekan (CKD) ini ditawarkan pada harga RM 374,073.67, termasuk pengecualian cukai jualan SST sehingga 30 Jun 2022.

Trenkuasa hibrid plug-in

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 dilancar di Malaysia - RM 374k, PHEV dengan 320 PS/700 Nm! 02

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo (211 PS, 350 Nm) yang digabungkan dengan motor elektrik bertenaga 122 PS dan 440 Nm tork. Output keseluruhan adalah pada 320 PS dan 700 Nm tork dan ia dihantar ke semua roda (4Matic) melalui transmisi automatik 9 kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pecutan 0 - 100 km/j pula mengambil masa 5.7 saat sahaja.

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 dilancar di Malaysia - RM 374k, PHEV dengan 320 PS/700 Nm! 01

Sebagai sebuah PHEV, GLC 300e datang dengan pek bateri 13.5 kWj yang boleh menyokong pemanduan elektrik penuh sejauh 43 km (kitaran WLTP). Kadar penggunaan petrol pula berada dalam julat 2.2 - 2.5 liter / 100 km.

Kalau menggunakan soket biasa di rumah, pengecasan penuh untuk bateri PHEV itu mengambil masa sehingga 5 jam tetapi kalau pakai wallbox 7.4 kW, ia hanya memerlukan 1.5 jam sahaja.

Untuk MBM sekarang, ini adalah model kedua PHEV selain S580e.

Juga bacaSAH: Harga Mercedes-Benz S-Class W223 2022 di Malaysia bermula dari RM 698,744

Eksterior – penuh dengan sentuhan AMG

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 dilancar di Malaysia - RM 374k, PHEV dengan 320 PS/700 Nm! 02

GLC 300e dilengkap sekali dengan pakej eksterior AMG Line yang memperlihatkan gril ala berlian, sistem ekzos kembar, tapak naik turun kenderaan dan rim AMG bersaiz 20 inci.

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 dilancar di Malaysia - RM 374k, PHEV dengan 320 PS/700 Nm! 03

Antara ciri yang ada termasukan lampu LED depan jenis Multibeam.

Interior – kekal dengan ciri yang pelbagai

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 dilancar di Malaysia - RM 374k, PHEV dengan 320 PS/700 Nm! 04

Pada bahagian dalam, GLC 300e hadir dengan tempat duduk kulit Artico, stereng AMG Line dan penyaman udara 3-zon.

Selain itu, ciri seperti lampu suasana, kamera 360-darjah, kluster instrumen 12.3 inci dan infotainment MBUX yang lengkap dengan sistem audio Burmester juga didatangkan secara standard.

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 dilancar di Malaysia - RM 374k, PHEV dengan 320 PS/700 Nm! 05

Untuk anda yang lebih ranggi, SUV ini juga dilengkapkan dengan bumbung suria panoramik dan but belakang berkuasa (350 liter berbanding 500 liter pada varian biasa).

Dari segi keselamatan, GLC 300e hadir dengan ciri Active Brake Assist, Pre-Safe, Blind Spot Assist dan Active Lane Keeping Assist.

Varian dan sokongan

Untuk hierarki GLC Coupe di Malaysia, GLC 300e ini berada di antara varian GLC 300 Coupe AMG Line (RM 403,536) dan GLC 43 Coupe (RM 508,597.80).

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 dilancar di Malaysia - RM 374k, PHEV dengan 320 PS/700 Nm! 06

Secara keseluruhan, model PHEV ini disokong oleh waranti 4 tahun tanpa had perbatuan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz GLC Coupe 300e

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia