window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz nak pasang EV mewah EQS di Thailand, Malaysia terpinggir?

Faisal ยท Aug 25, 2021 08:00 PM

Mercedes-Benz nak pasang EV mewah EQS di Thailand, Malaysia terpinggir? 01

Mercedes-Benz Thailand baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Mercedes-Benz EQS dalam tahun ini juga. Kereta elektrik mewah yang paling atas dalam barisan Mercedes-Benz itu akan tembus pasaran Thailand sebagai model yang dipasang lokal CKD).

Menariknya, ia bakal dikuasakan oleh bateri 107.8 kWh yang dibuat oleh kilang Thonburi Energy Storage Systems (TESM) di Bangkok.

Mercedes-Benz nak pasang EV mewah EQS di Thailand, Malaysia terpinggir? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikal, EQS diibarat seperti S-Class versi elektrik tetapi ia sebenarnya sedikit bawah daripada itu.

Apabila jualan di Thailand bermula pada akhir tahun ini, ia bakal menjadi EQS pertama di dunia yang dibuat luar dari negara Jerman.

Mercedes-Benz nak pasang EV mewah EQS di Thailand, Malaysia terpinggir? 01

Di Thailand nanti, pelancaran EQS akan diikuti sekali dengan Mercedes-Maybach GLS (CBU) yang mana ia bersaing terus dengan Bentley Bentayga dan Rolls-Royce Cullinan.

Mercedes-Benz nak pasang EV mewah EQS di Thailand, Malaysia terpinggir? 02

Untuk maklumat anda, Mercedes-Benz AG sendiri telah melabur lebih dari 100 juta Euro (~RM 495k) untuk kilang bateri mereka di Thailand. Kalau anda nak tahu, ia merupakan salah satu daripada 7 kilang Daimler di seluruh dunia.

Mercedes-Benz nak pasang EV mewah EQS di Thailand, Malaysia terpinggir? 03

Kilang bateri di Bangkok ini merupakan usaha sama antara Mercedes-Benz AG dengan TESM dan Thonburi Automotive Assembly Plant (TAAP).

Varian Mercedes-Benz EQS
  Mercedes EQS 450+ Mercedes EQS 580 4Matic
Kuasa maksimum 333 PS 523 PS
Tork maksimum 568 Nm 855 Nm
0-100 km/j 6.2 saat 4.3 saat
Pacuan RWD AWD
Kapasiti bateri 107.8 kWh 107.8 kWh
Pengecas AC (Standard) 11 kW 11 kW
AC cas ke 100% (11 kW) 10 jam 10 jam
Pengecas AC (tambahan) 22 kW 22 kW
AC cas ke 100% (22 kW) 5 jam 5 jam
Pengecas pantas DC 200 kW 200 kW
DC cas ke 80% 31 minit 31 minit

Mercedes-Benz nak pasang EV mewah EQS di Thailand, Malaysia terpinggir? 04

Buat masa ini, kilang itu membekalkan bateri traction bervoltan tinggi untuk model PHEV CKD. Antaranya seperti C 300e, E 300e, GLC 300e, GLC Coupe 300e, dan GLE 350de.

Mercedes-Benz nak pasang EV mewah EQS di Thailand, Malaysia terpinggir? 05

Bercakap mengenai PHEV, Mercedes-Benz Thailand turut mengesahkan bahawa S-Class hibrid plug-in, iaitu S 580e bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat. Model ini juga akan dipasang secara lokal. Di samping itu, varian S 560e akan membuat debut global di Munich International Auto Show pada 5 Septermber ini.

Mercedes-Benz nak pasang EV mewah EQS di Thailand, Malaysia terpinggir? 06

S 580e.

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia