window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo!

Khairil ยท Apr 15, 2021 12:00 PM

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 01

Tidak dapat dinafikan, pasaran Malaysia dalam segmen 'Super moped' berterusan melonjak. Perlu diakui, ia berikutan populariti dijana oleh model seperti Yamaha 'Y-Suku', Honda RS150, Benelli RSF150i dan SYM VF3 185 sejak beberapa tahun lalu yang mana kuasa enjin dan tayarnya sedikit 'besar' berbanding kapcai lain.

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 02

Selain reka bentuknya yang 'kacak', teknologi yang dipadankan kepada motosikal dalam segmen ini boleh dianggap hebat. Tetapi, ia perlu dibayar dengan harga lebih tinggi oleh pengguna.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika ini, kebanyakan jenama berkenaan sudah pun menaik taraf jentera masing-masing antaranya Yamaha yang melancarkan model terbarunya Y16ZR, bulan lalu dan Benelli menerusi R18i, minggu lalu.

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 01

Beberapa model seperti Honda pula dijangka turut akan membawa masuk model baharu iaitu Winner X dan model daripada SYM, SYM VF3 Pro yang dilengkapi ABS, juga baru diperkenalkan tahun lalu.

Tetapi disebabkan populariti Super moped yang berterusan meningkat, beberapa jenama lain turut berusaha untuk menyertai persaingan dalam segmen berkenaan.

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 02

Dan terbaharu, memetik laporan Funtasticko.net, syarikat pengeluar motosikal tempatan Ottimo Technologies dikhabarkan sedang membangunkan sebuah model baharu daripada jenama berkenaan. Menariknya, ia adalah model dalam segmen super moped.

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 03

Menurut laporan berkenaan, model yang sedang dalam pembangunan itu bakal dikuasakan enjin bersesaran 175 cc sekaligus meletakkannya dalam segmen berkenaan.

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 04

Perkembangan menarik itu berjaya diperoleh hasil perkongsian menarik daripada geng VLog terkenal di YouTube, Geng Tayar Besar (GTB) yang mengadakan lawatan ke pejabat Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Ottimo di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Menerusi Vlog berkenaan, dapat dilihat dengan jelas lakaran model super moped itu yang tampak sporty dan moden setaraf model yang berada di pasaran. Ia bukanlah rahsia kerana pihak Ottimo sendiri membenarkan rakaman berkenaan.

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 05

Begitupun, untuk perincian lebih mendalam termasuk model tanah liat, rakaman lanjut tidak dibenarkan untuk didedahkan.

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 06

Ketika ini, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Ottimo sendiri mengenai model berkenaan namun memetik artikel berkenaan, model super moped baharu itu dikhabarkan akan menerjah pasaran seawal pada tahun depan.

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 07

Tetapi difahamkan juga hanya reka bentuk, kerangka dan beberapa lagi komponen dibangunkan sendiri oleh Ottimo dengan enjin yang bakal digunakan dibeli daripada pembekal luar.

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 08

Berdasarkan video berkenaan juga, jentera berkenaan disasarkan bukan saja untuk menjadi sebagai 'penyendal' dalam pasaran super moped yang ketika ini semakin panas, malah cuba untuk menguasainya.

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 09

Dan untuk melakukannya, ramuan yang diperlukan oleh Ottimo juga perlulah tepat terutama dari sudut harga.

Sebagai info, Ottimo sebelum ini sudah pun menjual sebuah model kapcai iaitu Ottimo Viz 110 yang datang dengan reka bentuk menarik.

Meriah sungguh. Lagi pesaing 'Y-Suku' sedang dibangunkan, kali ini dari Ottimo! 10

Model berkenaan turut mendapat 'sentuhan' daripada GTB dan hasilnya boleh disifatkan sebagai mengagumkan. Di bawah kami kongsikan Vlog daripada GTB itu.

 

 

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda