window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MForce acah kehadiran model baharu, pelancaran bulan depan, adakah skuter ADV 250 cc?

Khairil ยท Nov 24, 2022 03:00 PM

MForce acah kehadiran model baharu, pelancaran bulan depan, adakah skuter ADV 250 cc? 01

Syarikat pengeluar dan pengedar eksklusif motosikal tempatan, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd (MForce) memang tak pernah 'sunyi' dengan penawaran model baharu dan perkembangan terkini, syarikat itu dijadual melancarkan satu lagi model untuk pasaran tempatan, bulan depan.

Perkembangan menarik itu dikongsikan sendiri oleh MForce di laman sosial rasminya menerusi hantaran bergambar bersama kapsyen: "Anda tahu ianya bukanlah biasa-biasa. Nantikannya!"

Juga baca: Yang dinanti, WMoto Xtreme 250 (2022) dijadual jalani ujian VTA, pelancaran hujung tahun ini?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MForce acah kehadiran model baharu, pelancaran bulan depan, adakah skuter ADV 250 cc? 01

Selain itu, imej pada hantaran berkenaan turut disertakan dengan logo WMoto serta hashtag #wmotomalaysia yang menandakan model berkenaan bakal menggunakan lencana jenama tempatan itu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mforce TV (@mforcetv)

Begitupun, hantaran itu boleh dianggap sedikit pelik dan mencetus teka-teki kerana imej yang digunakan agak berbeza daripada imej 'teaser' tipikal membabitkan automotif kerana imej yang digunakan adalah siluet seorang lelaki dan sedang bersilat.

Tetapi apa yang membuatkan kami menjangkakan ia adalah penawaran yang ditunggu-tunggu iaitu skuter ADV bersesaran 250 cc adalah imej belakang lelaki berkenaan iaitu hutan dan bandar yang seakan memberi makna ia adalah sebuah model 'dwiguna' yang sinonim dengan skuter ADV.

Juga baca: MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588!

MForce acah kehadiran model baharu, pelancaran bulan depan, adakah skuter ADV 250 cc? 02

Longjia XDV 250Si

Dan seperti yang kami pernah laporkan sebelum ini, MForce sememangnya dijadual akan melancarkan sebuah model skuter ADV bersesaran 250 cc berkemungkinan besar pada tahun ini.

MForce acah kehadiran model baharu, pelancaran bulan depan, adakah skuter ADV 250 cc? 03

Longjia XDV 250Si

Malah model berkenaan, menurut sumber dalaman MForce 'Adventure' dikatakan sudah pun mendapatkan kelulusan VTA (Vehicle Type Approval) daripada pihak berwajib di Malaysia selepas sekian lama diuji.

Jika benar ia adalah sebuah skuter ADV, menurut maklumat yang diperoleh, ia adalah sama seperti model skuter yang turut popular di China iaitu Longjia XDV 250Si.

MForce acah kehadiran model baharu, pelancaran bulan depan, adakah skuter ADV 250 cc? 04

Longjia XDV 250Si

Melihat kepada rekaan Longjia XDV 250Si, ia sememangnya sebuat model skuter bergaya ADV yang menarik dan dijangka berupaya menarik perhatian pembeli tempatan. Anda tidak sabar? Kami juga sama. 

Juga baca: Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda