window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MForce lancar SM Sport 110R (2021) dengan warna, corak grafik baharu, harga RM 4,018!

Khairil ยท May 27, 2021 09:00 PM

MForce lancar SM Sport 110R (2021) dengan warna, corak grafik baharu, harga RM 4,018! 01

Ketika MForce Bike Holdings (MForce) memperkenalkan motosikal kapcai 'rakyat', SM Sport 110R pada 2017, ia sememangnya berjaya mencuri perhatian pengguna di negara ini terutama dengan harganya yang berpatutan.

Juga baca: Perincian SYM Jet X 150 (2021) didedahkan, dua varian, harga bermula RM 8,888!

Dan untuk tahun ini, syarikat berkenaan melancarkan versi terbaharu untuk model berkenaan yang didakwa tampil dengan kualiti dan mutu yang dipertingkatkan bagi memastikan kepuasan para peminat jenama itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MForce lancar SM Sport 110R (2021) dengan warna, corak grafik baharu, harga RM 4,018! 01

Merah

Antara perubahan yang dibuat terhadap SM Sport 110R 2021 ialah dari sudut pilihan warna dan corak grafik baharu yang dikatakan seiring dengan kehendak pasaran semasa.

Juga baca: Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7,999!

MForce lancar SM Sport 110R (2021) dengan warna, corak grafik baharu, harga RM 4,018! 02

Hitam

Pilihan warna baharu yang diperkenalkan ialah Hitam, Biru dan Merah dan digabungkan bersama corak grafik menarik.

MForce lancar SM Sport 110R (2021) dengan warna, corak grafik baharu, harga RM 4,018! 03

Biru

Dari sudut trenkuasa, SM Sport 110R dipadankan dengan enjin bersesaran 109 cc, 4 Lejang, SOHC, Penyejuk Udara yang menghasilkan kuasa 6.04 Hp pada 7,500 rpm dan tork 7.0 Nm pada 5,000 rpm.

MForce lancar SM Sport 110R (2021) dengan warna, corak grafik baharu, harga RM 4,018! 04

Tiada perubahan dari segi rekaan luaran namun SM Sport 110R 2021 ini masih dilengkapi dengan lampu signal hadapan dan belakang menggunakan jenis LED serta mempunyai lampu DRL (Siang) yang lebih terang.

MForce lancar SM Sport 110R (2021) dengan warna, corak grafik baharu, harga RM 4,018! 05

Selain itu, ia turut memiliki rim yang lebih sporty dan bergaya serta brek di cakera hadapan untuk tunggangan lebih selamat. Didakwa amat sesuai untuk kegunaan harian, berat motosikal ini adalah 105 kg.

Ciri-ciri lain adalah ruang simpanan ruang simpanan dengan kapasiti 10 liter, tangki bahan api sebesar 4 liter serta suis Fuel Saving untuk penjimatan yang optimum.

MForce lancar SM Sport 110R (2021) dengan warna, corak grafik baharu, harga RM 4,018! 06

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pengecas telefon USB dan sistem Rotary Gear yang dapat meningkatkan pengendalian dan tindakbalas semasa menunggang atau berhenti dengan sistem suspensi belakang menggunakan jenama Kayaba (KYB).

MForce lancar SM Sport 110R (2021) dengan warna, corak grafik baharu, harga RM 4,018! 07

Untuk harganya, motosikal jenama tempatan milik MForce ini dijual pada harga asas RM 4,018 tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan.

MForce lancar SM Sport 110R (2021) dengan warna, corak grafik baharu, harga RM 4,018! 08

Dengan setiap pembelian SM Sport 110R (2021), pembeli juga menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda