window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MV Agusta sah kembali ke Malaysia, ada model CKD, kilang pemasangan di Shah Alam!

Khairil ยท Sep 20, 2022 03:00 PM

MV Agusta sah kembali ke Malaysia, ada model CKD, kilang pemasangan di Shah Alam! 01

MV Agusta Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat kepada AFY Mobility Sdn Bhd (AMI) secara rasmi dilantik MV Agusta Motor yang berpangkalan di Itali sebagai pengedar eksklusif dan tunggal baharu jenama motosikal premium itu di pasaran tempatan.

Selain pengedaran dan penjualan motosikal, MV Agusta Malaysia turut bertanggungjawab terhadap pengedaran dan jualan perkakasan, komponen istimewa, cenderahati jenama itu di Malaysia.

MV Agusta sah kembali ke Malaysia, ada model CKD, kilang pemasangan di Shah Alam! 02

MV Agusta Superveloce

Sebagai info, MV Agusta Malaysia Sdn Bhd adalah syarikat yang baru ditubuhkan dan menurut MV Agusta Motor, motosikal yang akan dijual di pasaran tempatan itu akan dipasang di fasiliti pemasangan dan latihan AMI yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: 'Hyper naked' ganas, MV Agusta Brutale 1000 RR 2021 dilancar, kuasa kekal 208 Hp, 116.5 Nm!

MV Agusta sah kembali ke Malaysia, ada model CKD, kilang pemasangan di Shah Alam! 01

MV Agusta Turismo Veloce Lusso 

Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta Motor S.p.A, Timur Sardarov dalam kenyataan berkata pihaknya teruja dengan kerjasama baharu dan penting yang meningkatkan kehadiran MV Agusta di salah satu kuasa ekonomi dinamik di rantau Asia Tenggara.

MV Agusta sah kembali ke Malaysia, ada model CKD, kilang pemasangan di Shah Alam! 02

MV Agusta Rush

"Penyelesaian yang diperoleh dengan pemasangan tempatan CKD dengan rakan kongsi akan meningkatkan daya saing kami di rantau ini, selaras dengan strategi pengembangan global kami. Saya mengharapkan agar MV Agusta Malaysia yang baru ini mencapai kejayaan.”

MV Agusta sah kembali ke Malaysia, ada model CKD, kilang pemasangan di Shah Alam! 03

CEO MV Agusta, Timur Sardarov

Sebagai rekod, MV Agusta yang berpangkalan di Varese, Itali tidak asing dan memiliki sejarah yang panjang dengan Malaysia malah pada satu ketika pernah dimiliki oleh Proton Holdings sebelum dilanda pelbagai masalah selepas itu.

Juga baca: 11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia!

MV Agusta sah kembali ke Malaysia, ada model CKD, kilang pemasangan di Shah Alam! 04

MV Agusta F3 RR

Bayangan mengenai kerjasama AMI dengan MV Agusta pertama kali diperoleh ketika majlis pelancaran pembangunan projek jenama motosikal nasional kedua AM-2 dengan beberapa model jenama itu turut dipertontonkan di majlis berkenaan.

MV Agusta sah kembali ke Malaysia, ada model CKD, kilang pemasangan di Shah Alam! 05

Beberapa model turut dipertontonkan ketika majlis pelancaran pembangunan projek jenama motosikal nasional kedua AM-2

Sebagai info, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Yahaya adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia yang turut membuat kemunculan semula secara rasmi, baru-baru ini.

Juga baca: Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda