window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak?

Mersita · Jul 18, 2021 08:00 PM

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 01

Harga kereta di Malaysia cukup mahal jika dibandingkan dengan negara lain. Kita terpaksa membayar cukai kereta terkumpul melebihi RM 10 bilion setiap tahun merangkumi duti eksais dan duti impot dari jualan kereta baharu serta alat ganti. Dari jumlah ini, sekitar RM 6 bilion perolehan dari duti eksais datangnya daripada jualan kereta baharu.

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 02

Perbezaan harga di Amerika Syarikat (AS) lwn. Malaysia bagi G20 BMW 330i M Sport dengan tahap kelengkapan serupa

Dalam artikel terdahulu, kami dah kupas bagaimana kereta dikenakan cukai di Malaysia dan mengapa kereta dijual dengan harga yang sangat tinggi. Kami juga pernah jelaskan yang Malaysia tiada lagi polisi kereta nasional yang mendahulukan mana-mana jenama kereta tempatan.

Baca juga: Rakyat Malaysia membayar cukai kereta sebanyak RM 10 bilion setiap tahun. Macam mana perkara ini boleh terjadi?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 01

Tanpa mengira dimana ia dipasang, mana-mana kereta yang bukannya berlencana Proton atau Perodua akan dikenakan kadar cukai tinggi. Ini semua adalah berdasarkan kadar pelaburan tempatan yang dibuat oleh pengilang kereta terbabit serta nilai bahagian kereta bersumber tempatan yang dibeli.

Baca juga: Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 02

Seperti yang dijangka, kerajaan tak akan semudah itu menggugurkan pendapatan cukai eksais kereta bernilai RM 6 bilion setahun – melainkan, ada sumber lain yang boleh menggantikannya. Cadangan kami menjurus kepada bahan api.

Apa yang sama padan dengan RM 6 bilion?

Jika anda ikuti berita yang kami laporkan baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan pelan subsidi bahan api berjumlah RM 6 bilion untuk tahun ini bagi mengekalkan harga minyak RON 95, diesel, dan gas petroleum cecair (LPG). Jumlahnya sama saja dengan duti eksais dari jualan kereta baharu.

Baca juga: Subsidi bahan api RM 6 bilion, 6 bulan lanjutan moratorium – bantuan Pemulih

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 03

Bagaimana pula dengan cukai bahan api?

Bagi mengisi jurang cukai kereta berjumlah lebih RM 10 bilion, cukai bahan api boleh dilaksanakan. Ini bukanlah satu perkara yang baru kerana sudah banyak negara-negara yang mengenakan cukai bahan api sejak berdekad dahulu.

Setiap satu negara mungkin mempunyai kadar cukai tersendiri bagi bahan api berbeza, termasuklah petrol dan diesel. Setakat masa penulisan ini, harga petrol di India sudah melebihi Rs 100 (~RM 5.60) seliter, dan laporan menganggarkan yang cukai bahan api merangkumi sekitar 60 peratus daripada harga ini. Bayangkan jika anda perlu membayar cukai RM 3 bagi setiap liter petrol di Malaysia.

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 04

Sumber

Di Australia, kadar duti eksais terkini bagi bahan api ialah 0.427 AUD (~RM 1.33) seliter untuk petrol dan diesel. Kadar ini dikatakan akan dilaraskan dari masa ke semasa mengikut kadar inflasi, dan GST juga dikenakan sebagai tambahan.

Apa-apa pun, pelaksanaan cukai bahan api sambil membatalkan subsidi petrol pastinya akan ‘membuka banyak mulut’ dan mencetus debat di sana sini – lebih kurang sama dengan cadangan menaikkan had laju di lebuh raya, tapi dengan reaksi yang dijangka lebih dramatik.

Baca juga: Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam?

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 05

Pembaharuan subsidi

Memperbaharui subsidi saja cukup mencabar untuk dilakukan. Salah satu cabarannya ialah ia boleh mengakibatkan inflasi. Peningkatan kos pengangkutan boleh mengakibatkan kenaikan harga komoditi. Hampir semua barangan dari bahan mentah sehinggalah makanan seperti beras dan gula akan melihat peningkatan dari segi harga.

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 06

Gambar oleh Deva Darshan di Unsplash

Di Nigeria, usaha untuk mengurangkan subsidi bahan api sudah berlanjutan bertahun lamanya, walaupun ia berisiko mencetus rusuhan. Di kala harga minyak runtuh tahun lalu, negara itu mengumumkan subsidi bahan apinya sudah ditamatkan.

Walau bagaimanapun, peningkatan harga minyak mentah selepas itu telah memaksa mereka untuk melaksanakan semula subsidi bahan api. Perkara ini lebih kurang sama dengan negara kita dimana harga siling untuk RON 95 dan diesel sudah ditetapkan.

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 07

Indonesia tampil lebih berjaya dengan pembaharuan subsidi mereka dimana mereka mampu mengurangkan impaknya secara berperingkat dan kelebihannya dimaklumkan secara berkesan kepada rakyatnya. Janji-janji seperti perubatan percuma sebagai ganti untuk harga petrol lebih tinggi diterima baik oleh majoriti rakyatnya.

Tambahan pula, dengan harga bahan api lebih tinggi, ia mewujudkan insentif bagi penggunaan kaedah lebih efisien seperti elektrifikasi. Ini bermaksud langkah ini mendokong cita-cita Indonesia untuk menjadi hab kenderaan elektrik (EV) di rantau Asia Tenggara.

Baca juga: 31 % penunggang 'gantung helmet' jika enjin motosikal diganti elektrik dari petrol!

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 08

Polis Indonesia ada Tesla Model 3 dalam armadanya bagi mempromosikan penggunaan EV

Menurut contoh ini, bolehkah kita katakan yang pemansuhan subsidi di Malaysia akan memberi ruang kepada harga lebih murah bagi kereta baharu di Malaysia? Adakah cadangan atau langkah ini akan diterimabaik oleh majoriti rakyat Malaysia?

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 09

Harga bahan api lebih rendah, kadar gaji lebih rendah

Menurut satu teori, kaitan boleh dilihat di antara kadar gaji remdah dan harga bahan api rendah (salah satu pengecualian ialah Amerika Syarikat). Teori ini mungkin terlalu ringkas bagi isu ini, tapi jom kita kupas dengan lebih mendalam.

Walaupun ia berbeza-beza mengikut statistik berlainan, negara-negara seperti Nigeria dan Indonesia dengan harga bahan api rendah cenderung untuk berada di tangga lebih rendah dalam senarai kadar purata kadar pendapatan/gaji. Malaysia berada pada tahap di bawah purata dalam kebanyakan senarai.

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 10

Kiri: Pendapatan Median mengikut Negara (2021), Kanan: Harga Petrol mengikut Negara (5-July-2021)

Majikan di negara kita mahukan pekerja bergaji rendah, seumpama bahan api murah – tenaga kerja murah dan ia mengehadkan potensi kerja itu untuk mencapai kebolehan/prestasi lebih tinggi. Bakat tempatan kita lebih cenderung untuk meneroka kebolehan mereka di negara lain, selalunya di negara yang boleh menawarkan gaji lebih tinggi walaupun dengan harga bahan api lebih mahal.

Selagi syarikat tempatan tidak mahu membayar lebih untuk tenaga kerja, kadar gaji kita takkan ada perubahan ketara. Mungkin ada yang terpaksa melakukan dua ke tiga kerja semata-mata untuk menampung kos kehidupan seharian.

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 11

Gambar oleh Boudewijn Huysmans di Unsplash

Berbalik semula kepada kos bahan api yang dinaikkan. Kesan rantaian pelaksanaan cukai bahan api ditambah lagi dengan pembatalan subsidi bahan api akan memberi impak mendalam terhadap ekonomi.

Cukuplah kiranya jika kita katakan yang para peniaga dan konsumer terpaksa menyesuaikan diri dengan harga bahan api lebih tinggi. Harga minyak naik, harga barang naik.

Apakah pemilikan kereta itu penting?

Sistem pengangkutan awam di negara kita seringkali dianggap tidak begitu efisien dan meluas. Bagi sesetengah orang, pengangkutan awam amat membantu dalam mengurangkan kos parkir di pejabat walaupun masa yang diambil untuk tiba ke destinasi dua kali lebih panjang berbanding memandu kereta sendiri. Ada pula diantara kita yang terpaksa menyewa di kawasan terhubung dengan pengangkutan awam seperti bas dan LRT walaupun kadar sewa rumah bulanan jauh lebih tinggi.

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 12

Photo by Nalau Nobel on Unsplash

Oleh itu, kita harus buat keputusan samada dana bulanan itu patut disalurkan kepada penjimatan masa serta kemudahan ataupun kepada pengurangan kos harian. Bagi sesetengah orang, contohnya penyewa, dana itu masih juga dibelanjakan keatas salah satu pilihan.

Namun, apa yang akan terjadi jika harga minyak semakin melambung dan isu pengangkutan awam masih tidak diendahkan? Adakah kita perlu berpindah rumah dan berjiran dengan pejabat atau tempat kerja?

Baca juga: Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan?

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 13

Gambar oleh Mohd Jon Ramlan di Unsplash

Bagi golongan yang tinggal di bandar kecil atau kampung dimana pengangkutan awam hampir tiada, kereta tanpa cukai bermaksud semakin ramai boleh membelinya. Keluarga dengan anak kecil boleh membeli kereta dilengkapi teknologi keselamatan canggih dan sudah tidak perlu membeli kereta terpakai atau bergantung kepada motosikal kapcai. Walaupun harga minyak tinggi, mereka masih boleh merancang perjalanan mengikut keadaan dan kemampuan.

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 14

Perodua Axia pun dah ada AEB sekarang

Harga bahan api lebih tinggi memberi ruang untuk pilihan alternatif

Perkara ini cukup relevan untuk dikaitkan dengan setiap pemilik kereta kerana apabila harga minyak semakin tinggi, konsumer dijangka akan menjadi lebih berkira.

Dalam situasi bebas cukai ini, kereta-kereta hibrid akan jadi lebih mahal berbanding model enjin pembakaran. Tapi, jika penambahan harga ini boleh ditebus semula dengan penjimatan kos minyak, konsumer mungkin akan lebih cenderung untuk memilih kereta hibrid.

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 15

Menggalakkan kemajuan dalam pasaran kereta elektrik

Seperti yang kami nyatakan di atas, harga minyak yang tinggi akan membuatkan konsumer mempertimbangkan pelaburan dalam teknologi alternatif lebih cekap minyak seperti kenderaan hibrid atau elektrik (EV). Pelaksanaan cukai minyak barangkali satu kaedah paling cepat untuk memacu pergerakan negara kearah EV kerana konsumer secara semulajadinya akan memilih opsyen ini.

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 16

Jika ada permintaan, pastinya pasaran akan bertindak dengan bekalan mencukupi dan pengilang melabur dalam teknologi EV. Kerajaan juga boleh memberi rebat – mungkin dalam bentuk pengecualian cukai jualan – untuk EV.

Kekurangan infrastruktur akan dikendalikan secara berperingkat jika pengilang diberi sokongan oleh kerajaan, dan seperti negara lain, Malaysia pun boleh bergerak seiring ke arah era kereta elektrik.

Baca juga: Jepun rancang haramkan jualan kenderaan petrol baru menjelang suku kedua 2030

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 17

Gambar oleh Ed Harvey dari Pexels

Harga minyak lebih mahal = alam sekitar lebih terjaga

Secara tidak langsung, pembatalan cukai kereta dan digantikan dengan cukai minyak akan membantu dalam usaha pemuliharaan alam sekitar. Ya, sumber elektrik di Malaysia sebahagian besarnya dijana dari bahan api fosil.

Tapi, seperti yang pernah kami bincangkan sebelum ini, adalah lebih mudah untuk mengawal pelepasan karbon pada tahap produksi di tapak janaan berbanding apabila ia sudah tiba di pasaran.

Baca juga: Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran?

Nak harga kereta lebih murah di Malaysia? Harga minyak wajib naik, boleh tak? 18

Gambar

Sedang kita bergerak ke hadapan, kita boleh beralih kepada sumber-sumber kuasa rendah karbon bagi mengurangkan kadar pencemaran.

Oleh itu, kemungkinan bagi situasi hipotetikal dimana bahan api dikenakan cukai untuk harga kereta lebih murah mungkin tidak akan berlaku di negara kita. Apa-apa pun, cadangan dimana harga kereta baru di Malaysia boleh dikurangkan cukup menarik untuk dibincangkan walaupun harapannya agak tipis.

Artikel ini diterjemah ke Bahasa Malaysia untuk pembaca WapCar - BM. Artikel asal nukilan rakan penulis, Shaun, versi Bahasa Inggeris di sini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda