window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nilai RM lemah, kos bahan tinggi - UMW Toyota sedang bekerja keras untuk hadkan kenaikan harga!

Haris ยท May 29, 2022 11:59 AM

Nilai RM lemah, kos bahan tinggi - UMW Toyota sedang bekerja keras untuk hadkan kenaikan harga! 01

Berdasarkan andaian bahawa kerajaan tidak melanjutkan pengecualian cukai jualan (SST) semasa untuk kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD), harga dijangka meningkat selepas 30-Jun 2022, dan bukan sekadar kenaikan 10 peratus SST sahaja.

Hal ini bermakna, harga termasuk SST baharu bukan sahaja akan kembali ke tahap  sebelum pandemik tetapi lebih tinggi.

Ringgit kini didagangkan pada RM 4.40 kepada 1 Dolar AS, paling lemah sejak Krisis Kewangan Asia ‘98.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Kini kedua terlaris, Toyota Corolla Cross bakal naik harga sekitar RM 3k - 5k selepas pengecualian SST

Nilai RM lemah, kos bahan tinggi - UMW Toyota sedang bekerja keras untuk hadkan kenaikan harga! 01

Kekurangan alat ganti semikonduktor, kos tenaga tinggi dan penghantaran yang tinggi juga meningkatkan kos bahan mentah. Kos bahan yang tinggi adalah sesuatu yang menjejaskan hampir setiap industri, bukan sahaja kereta tetapi juga makanan.

Sebagai jenama kereta bukan nasional terkemuka di Malaysia yang menjual pelbagai jenis kenderaan untuk semua kumpulan pendapatan, UMW Toyota Motor berusaha keras untuk membendung sebarang kenaikan harga keretanya.

Menurut RHB Investment Bank, UMW Toyota Motor sedang berunding dengan pembekal prinsipal mereka dan sedang mengusahakan langkah pengurangan kosnya tersendiri untuk mengehadkan kesan pertukaran asing yang teruk.

Nilai RM lemah, kos bahan tinggi - UMW Toyota sedang bekerja keras untuk hadkan kenaikan harga! 02

Laporan itu juga menyatakan bahawa kenaikan harga pusingan kedua mungkin boleh berlaku pada suku ketiga 2022. Ambil perhatian bahawa UMW Toyota telah mengumumkan harga yang lebih tinggi, termasuk SST untuk kebanyakan modelnya.

Hal ini kerana mereka tidak dapat memenuhi pesanan baharu sebelum ini. 30-Jun 2022, tarikh akhir untuk melayakkan diri mendapat harga yang dikecualikan SST.

Berita baiknya adalah permintaan untuk model Toyota kekal tinggi. Walaupun selepas mengumumkan harga termasuk SST yang lebih tinggi, syarikat itu tidak melihat sebarang penurunan tempahan.

Baca: Matawang Ringgit lemah & peningkatan kos bahan mentah, harga kereta di Malaysia dijangka naik!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda