window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Niosh sedia platform latihan keselamatan pekerja e-hailing, peserta turut dilindungi insuran!

Khairil ยท Apr 14, 2021 07:00 AM

Niosh sedia platform latihan keselamatan pekerja e-hailing, peserta turut dilindungi insuran! 01

Sedia maklum dengan risiko yang dihadapi pemandu kenderaan dan penunggang motosikal e-hailing, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) membangunkan platform latihan asas keselamatan jalan raya untuk golongan berkenaan.

Niosh sedia platform latihan keselamatan pekerja e-hailing, peserta turut dilindungi insuran! 02

Menariknya, platform latihan itu dibuat secara dalam talian dengan peserta yang berjaya melengkapkan program berkenaan akan menerima perlindungan insurans takaful berkelompok.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Niosh sedia platform latihan keselamatan pekerja e-hailing, peserta turut dilindungi insuran! 01

Sumber imej: Facebook

Memetik laporan Berita Harian, Datuk T Mohan yang juga Naib Pengerusi Niosh berkata inisiatif ini bertujuan membantu dan menyokong industri ekonomi gig terutama membabitkan individu yang bekerja sendiri khususnya yang terbabit dengan penghantaran penumpang dan barangan.

Menurutnya, ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada asas dan konsep pencegahan kemalangan bagi aktiviti kerja yang berkaitan dengan keselamatan di jalan raya.

Niosh sedia platform latihan keselamatan pekerja e-hailing, peserta turut dilindungi insuran! 02

"Modul latihan meliputi pelbagai topik perundangan jalan raya, penjagaan kenderaan, pengurusan perjalanan dan teknik pemanduan dan pengendalian kenderaan secara berhemah," katanya dalam satu kenyataan.

Mohan menambah, latihan ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan membabitkan golongan itu yang terdedah dengan risiko dan bahaya di jalan raya semasa memberikan perkhidmatan.

Niosh sedia platform latihan keselamatan pekerja e-hailing, peserta turut dilindungi insuran! 03

Selain itu katanya, peserta yang berjaya melengkapkan program ini akan menerima perlindungan insurans takaful berkelompok untuk tempoh setahun.

"Perlindungan insuran ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka sekiranya ditimpa kemalangan seperti kos elaun hospital, perbelanjaan pengebumian, hilang upaya kekal dan manfaat kematian," katanya.

Niosh sedia platform latihan keselamatan pekerja e-hailing, peserta turut dilindungi insuran! 04

Sebagai permulaan, peserta hanya perlu membayar yuran sebanyak RM 50 untuk tempoh setahun. Tetapi bersempena dengan pengenalan inisiatif baru ini, pihak Niosh memperuntukkan 5,000 penyertaan percuma kepada semua pemandu dan penunggang motosikal e-hailing.

Niosh sedia platform latihan keselamatan pekerja e-hailing, peserta turut dilindungi insuran! 05

"Niosh berharap pelaksanaan program latihan ini akan dapat meringankan beban dan kesusahan pemandu dan penunggang motorsikal penghantaran penumpang dan barang," katanya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda