window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Padah merempit ketika orang tarawih, tolak motosikal 4 km ke balai polis, sita!

Khairil ยท Apr 19, 2021 05:00 PM

Padah merempit ketika orang tarawih, tolak motosikal 4 km ke balai polis, sita! 01

Tiada rasa hormat. Itu tindakan 'kurang ajar' yang dilakukan oleh sekumpulan remaja apabila sibuk merempit ketika orang ramai sedang mengerjakan solat tarawih di sebuah lokasi di Kemaman, Terengganu.

Padah merempit ketika orang tarawih, tolak motosikal 4 km ke balai polis, sita! 02

Dan akibatnya, seramai lapan remaja lelaki yang melakukan aktiviti tidak berfaedah itu akhirnya ditahan oleh pihak polis dalam Op Samseng Jalanan yang dilakukan oleh Polis Daerah Kemaman.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas ditahan, kesemua mereka yang difahamkan berusia 15 hingga 21 tahun itu kemudian diarahkan untuk menolak motosikal masing-masing sejauh 4 kilometer iaitu dari Surau Kampung Jaya sehingga ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.

Padah merempit ketika orang tarawih, tolak motosikal 4 km ke balai polis, sita! 01

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi dilakukan hasil maklumat awam mengenai aktiviti merempit di kawasan berkenaan ketika penduduk menunaikan solat tarawih.

Dalam operasi selama dua jam bermula 9 malam, beliau berkata sebanyak 45 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan.

Padah merempit ketika orang tarawih, tolak motosikal 4 km ke balai polis, sita! 02

"Kita turut menyita lapan motosikal dan semua yang ditahan dibebaskan selepas diberi saman mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1969 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000," katanya.

Selain itu, Hanyan berkata, pihaknya turut melakukan operasi sama di Batu 2 1/2 Jalan Air Putih dan Kampung Mak Chili membabitkan dua pegawai dan 26 anggota.

Padah merempit ketika orang tarawih, tolak motosikal 4 km ke balai polis, sita! 03

"Kita kesal dengan tindakan kumpulan mat rempit itu yang dilihat seolah-olah tidak menghormati Ramadan dan orang ramai yang sedang menunaikan solat tarawih.

"Tindakan itu bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam tetapi membahayakan nyawa mereka dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Sumber imej: Facebook IPD Kemaman

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda