window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza?

Haris ยท Jan 9, 2022 04:00 PM

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 01

  • MPV pintu gelangsar terpakai paling murah dalam pasaran.
  • Trenkuasa yang terbukti, berkongsi dengan Honda City; penyelenggaraan yang rendah.
  • Praktikaliti yang sangat baik untuk penumpang warga emas.

Pertama kali dilancarkan pada tahun 2010, Honda Freed telah disasarkan sebagai MPV 7 penumpang mampu milik dengan pintu gelangsar yang menawarkan akses keluar masuk yang lebih mudah serta cukup padat untuk memandu di dalam bandar.

Honda Freed yang diimport sepenuhnya (CBU) adalah alternatif yang lebih menarik berbanding membeli MPV recond seperti Toyota Estima atau Wish.

Ketika pelancaran, Honda Freed berharga hanya di bawah RM 113k, sekitar RM 30k lebih mahal daripada Jazz dan City ketika itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 01

Honda Freed gagal menemui pelanggan yang ramai semasa ia masih baru (disebabkan oleh tanda harganya yang tinggi), namun mendapat permintaan tinggi dalam pasaran kereta terpakai.

Kebanyakan unit terpakai terjual dengan sangat laris, malah terjual sebelum diiklankan. Hal ini kerana ia dihargai oleh mereka yang mempunyai ahli keluarga warga emas yang mempunyai masalah mobiliti - pintu gelangsar menjadikannya lebih mudah untuk masuk/keluar.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 02

Harga Honda Freed kini telah menurun ke bawah parah RM 50k, iaitu sekitar harga yang sama untuk Perodua Alza baharu. Adakah ini MPV segmen-B terpakai yang paling sesuai untuk poket anda? Mari lihat dengan lebih dekat.

Varian Honda Freed di Malaysia

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 03

Honda Freed pertama kali diperkenalkan pada April 2010. Diimport sepenuhnya dari Indonesia, ia hadir dengan varian 'Gred E' tunggal berharga RM 112,980.

Honda Freed dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC single cam (L15A) yang menghasilkan 118 PS kuasa kuda dan 146 Nm tork, digandingkan dengan transmisi automatik 5-kelajuan.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 04

Honda Freed dibangunkan di atas platform yang sama seperti Honda Jazz dan City, tetapi menampilkan jarak roda yang lebih panjang 2,740 mm berbanding City 2,550 mm (+190 mm) untuk memuatkan tempat duduk baris ketiga.

Dari segi suspensi, Honda Freed menampilkan sistem gantungan MacPherson di bahagian hadapan dan suspensi belakang torsion beam.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 05

Ciri keselamatan juga boleh diterima - 2 beg udara, ABS dengan EBD dan kerusi kalis "neck-shock" yang direka untuk mengurangkan kemungkinan situasi whiplash dalam kemalangan.

Satu ciri utama bagi Honda Freed ialah pintu gelangsar berkuasa yang boleh dikendalikan melalui kunci. Ciri ini tidak ditawarkan pada julat harga jualan RM 120k ketika itu.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 06

Grade S membawa harganya bawah RM 100k tetapi kehilangan ciri terbaik

Pada tahun 2012, Honda memperkenalkan varian Grade S, yang membawa harga pengenalan ke bawah RM 100k. Untuk sekitar RM 12k kurang, Grade S menurun taraf pintu belakang gelangsar berkuasa, kawalan penyaman udara automatik, unit kepala DVD Alpine dan spoiler belakang.

Tahun 2013, Honda Malaysia melancarkan facelift yang membawa kemas kini reka bentuk dalaman dan luaran.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 07

Honda Freed Grade E menampilkan kawalan AC digital berbanding kawalan tombol putar dalam varian Grade S

Penambahan baharu termasuk gril depan dan bampar yang direka semula, bampar belakang yang diubah suai sedikit serta gugusan instrumen yang dikemas kini di bahagian dalam.

Grade E kini didatangkan dengan tempat duduk kulit. Ciri perehat tangan boleh lipat di barisan hadapan pula hanya ditawarkan dalam warna putih Brilliant White Pearl yang baharu.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 08

Nissan Grand Livina - lebih murah tanpa pintu gelangsar belakang

Honda Freed tidak mempunyai sebarang saingan terdekat, hanya setanding dengan Nissan Grand Livina yang lebih murah dan Toyota Innova, yang lebih besar dan lebih utilitarian, tetapi bagaimanapun, kesemua MPV 7 tempat duduk ini berada dalam julat harga yang sama.

Varian mana yang patut dibeli?

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 09

Memandangkan tiada perbezaan mekanikal antara Freed S dan E, satu-satunya perbezaan ketara terletak pada ciri peralatan standard antara kedua-duanya.

Gred E adalah pilihan yang disyorkan kerana pintu gelangsar boleh menjadi sukar untuk dibuka/ditutup terutamanya apabila diparkir di cerun. Ini menjadi lebih sukar jika anda mengendalikan bayi/kanak-kanak pada masa yang sama.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 10

Jika anda ingin membuat pinjaman, satu-satunya pilihan anda ialah dengan mencari model 2012 โ€“ 2014 yang lebih baharu, kerana model tahun 2010 โ€“ 2011 yang lebih awal mungkin perlu dibeli secara tunai.

Berikut ialah senarai pendek kos penggunaan asas Honda Freed:

Kos penggunaan asas Honda Freed
Varian 1.5 S 1.5 E
Cukai Jalan (RM) 90
Saiz Tayar (185/65/R15) 160
Bater (38B20L) 200

Harga pasaran Honda Freed?

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 11

Harga untuk unit pra-facelift 2010 โ€“ 2012 bagi varian Honda Freed adalah sekitar RM 35k hingga RM 45k, manakala model selepas facelift 2013 โ€“ 2014 berharga antara RM 43k hingga RM 50k bergantung pada jarak perbatuan dan keadaan.

Walaupun merupakan produk yang 'niche', Honda Freed mempunyai nilai yang agak baik, mengekalkan sekitar 50 peratus berbanding nilai asalnya selepas 6-7 tahun.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 12

Seperti biasa, utamakan pembelian unit yang menawarkan sejarah perkhidmatan komprehensif yang membolehkan anda merancang dan melaksanakan penyelenggaraan seterusnya.

Masalah biasa Honda Freed?

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 13

Memandangkan Honda Freed mempunyai rangkaian kuasa yang sama seperti Honda City dan Jazz, MPV ini dikatakan sama boleh tahan.

Enjin L15A Honda diketahui mampu mencatatkan ratusan ribu km dengan penyelenggaraan yang teliti dan tepat pada masanya, beserta alat ganti sedia ada dan juga berpatutan.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 14

Begitu juga, transmisi automatik 5-kelajuan juga menawarkan kebolehpercayaan yang luar biasa dan kos penyelenggaraan adalah sangat berpatutan.

Berikut ialah jadual ringkas jadual penyelenggaraan asas Honda Freed:

Kos penyelenggaraan asas Honda Freed
Pengelenggaraan / Sela jarak  Barang yang perlu ditukar Kos (RM)
Minyak Hitam / 10k km Minyak enjin, penapis dan plag palam minyak hitam 150
Penapis Udara / 30k km Penapis udara enjin 100
Penapis Kabin / 20k km Penapis habuk dan debunga 270
Penapis Minyak / 40k km Penapis minyak dan penahan 350
Servis Brek / 40k km Minyak brek 80
Minyak kotak gear / 60k km Minyak ATF dan penapis 80
Penyejukan / 100k km Cecair penyejukan 150
Palam pencucuh / 100k km Palam pencucuh 350

Memandangkan rangkaian kuasa dikongsi dengan Honda City, kos penyelenggaraan juga setanding dengan sedan tersebut.

Ciri lain yang perlu diberi perhatian ialah stereng EPS (Electric Power Steering) pada Honda Freed yang bermakna kurang penyelenggaraan dan tiada kemungkinan berlaku kebocoran dalam sistem stereng.

Selain penyelenggaraan rutin, terdapat beberapa masalah biasa yang harus diperhatikan oleh bakal pembeli.

Masalah biasa Honda Freed 
Komponen Simptom Kos
(RM)
Fan belt tensioner Bunyi pada penegang sawat kipas yang kuat 400 (OEM)
Kebocoran enjin Gasket penutup injap / gasket solenoid i-VTEC 150 / 400
Injap EGR Melahu kasar, bau minyak, lampu enjin menyala 500 (OEM)
Pautan enjin Peningkatan gegaran enjin 550
Lower arm depan Peningkatan gegaran / kejutan jalan 500 (OEM)
Motor pintu gelangsar kuasa Kegagalan untuk membuka/menutup 1,500 (motor)
Compressor relay Penyaman udara lambat hidup  100

Selain kebocoran minyak kecil dari penutup utama dan gasket solenoid i-VTEC, terdapat juga kes kebocoran penutup aci engkol (crankshaft) dan aci sesondol (camshaft ). Kebanyakan masalah ini berakar umbi daripada penyelenggaraan yang tidak teratur dan/atau menggunakan minyak enjin berkualiti rendah.

Senario terburuk ialah kebocoran pada pengedap bearing enjin utama (antara enjin dan kotak gear), tetapi ini adalah kes yang sangat jarang berlaku, disebabkan oleh sebab yang sama yang dinyatakan di atas.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 15

Kegagalan atau kerosakan pada pintu gelangsar kuasa juga sangat jarang berlaku, dan biasanya disebabkan oleh kegagalan motor, penggerak pembuka pintu atau modul kawalan.

Adalah dinasihatkan untuk menyelenggara atau membaik pulih kenderaan anda di pusat servis Honda secara terus atau pakar jika operasi pintu gelangsar nampak tidak betul. Mengesan kerosakan sejak awal lagi boleh menyelamatkan anda daripada bil baik pulih yang tinggi di kemudian hari.

Konklusi

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 16

Honda Freed ialah alternatif terbaik untuk ketua keluarga yang sedang mencari MPV dengan pakej yang praktikal serta murah untuk dimiliki.

Pada harga semasa, Honda Freed berharga sekitar harga baharu Perodua Alza generasi pertama varian asas (kini sudah ditamatkan pengeluaran). Untuk sebuah MPV yang diimport sepenuhnya (CBU) dengan ciri hebat dan dinamik pemanduan yang baik, harga tersebut agak setimpal.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 17

Dengan ketersediaan alat ganti yang baik dan jadual penyelenggaraan yang ringkas, Honda Freed juga merupakan kenderaan yang mudah untuk diselenggara dan dinikmati pada tahun-tahun akan datang. Lakukan ulangkaji secukupnya sebelum melakukan sebarang pembelian.

Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza? 18

Untuk lebih ketenangan fikiran, berikan Honda Freed anda penjagaan yang sewajarnya dengan GoCar Garage. Dikendalikan oleh kumpulan Tan Chong dan berpangkalan di Petaling Jaya, GoCar Garage menawarkan pengalaman perkhidmatan peringkat pengeluar, tetapi ia terbuka untuk semua jenama dan model.

Ikuti panduan lain ini:

Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela?

Panduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli 'Baby Vellfire' jimat roadtax?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda