window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panggilan akhir buat promo RM 8,000 bagi Honda City 2023, ada pakej 'special' untuk pekerja SME

Faisal · Dec 13, 2023 01:43 PM

Panggilan akhir buat promo RM 8,000 bagi Honda City 2023, ada pakej 'special' untuk pekerja SME 01

Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum kempen 'Last, Last Bonanza' dari Honda Malaysia berakhir. Salah satu promosi terbesar adalah untuk Honda City 2023 iaitu bernilai sehingga RM 8,000, bergantung pada varian.

Sebelum ini hanya untuk penjawat awam, promosi ini kini dibuka juga buat semua pekerja syarikat SME.

Panggilan akhir buat promo RM 8,000 bagi Honda City 2023, ada pakej 'special' untuk pekerja SME 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikalnya, anda tidak akan mendapat diskaun RM 8,000 bulat-bulat daripada harga Honda City. Yang sebenarnya, ia kombinasi diskaun tunai dan barangan berupa penapis haba cermin EcoTint (hanya untuk varian E & V) yang bernilai RM 2,200, sekaligus menjadikan promosi keseluruhan berjumlah RM 8,000.

Promosi ini hanya untuk kereta yang dapat didaftar sebelum 31 Disember 2023.

Juga bacaKerja 'gomen' bertuah; Diskaun sehingga RM 8,000 untuk Honda City 2023, sehingga 30 November ini!

Panggilan akhir buat promo RM 8,000 bagi Honda City 2023, ada pakej 'special' untuk pekerja SME 01

Memandangkan kita sudah berada di penghujung tahun 2023, anda pasti tertanya sama ada berbaloi untuk dapatkan tawaran ini atau tunggu sahaja model pemasangan tahun 2024 untuk menjimatkan 1 tahun daripada susut harga.

Apa-apapun, lebih baik anda ambil tawaran diskaun ini kerana kadar inflasi akan menampung perbezaan harga jualan semula yang dimaksudkan.

Juga bacaTiga tahun kemudian, adakah Honda City (GN2) masih menjadi raja 'resale value' bagi kategori segmen B?

Panggilan akhir buat promo RM 8,000 bagi Honda City 2023, ada pakej 'special' untuk pekerja SME 02

Bagi anda yang belum tahu, Honda City 2023 ada lima varian dengan harga seperti berikut:

  • 1.5S: RM 84,900
  • 1.5E: RM 89,900
  • 1.5V: RM 94,900
  • 1.5 RS: RM 99,900
  • 1.5 RS e:HEV: RM 111,900

Semua varian pula lengkap dengan 6 beg udara dan ADAS Honda Sensing, sekaligus menjadikan ia sedan segmen B paling selamat di Malaysia. Varian RS pula datang sekali dengan kamera titik buta Honda LaneWatch.

Di samping itu, Honda City juga memiliki kabin paling luas dan paling praktikal dalam segmennya. Selain itu, Honda City RS e:HEV adalah sedan segmen B paling menjimatkan petrol. Jadi, tunggu apa lagi?

Juga bacaPengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km!

@wapcar_zamil Takpun baik jimat duit dan beli Toyota Vios baru je 🤔#carmalaysia #fypmalaysia #keretabaru #malaysia #cartok #reviewkereta #hondacity #hondacitygn2 #citygn2 #wapcar ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda