window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu lori berang, tumbuk pemandu e-hailing sebab tak bagi laluan

Mersita · May 16, 2021 01:00 PM

Pemandu lori berang, tumbuk pemandu e-hailing sebab tak bagi laluan 01

Pembuli jalan raya atau ‘road bully’ sememangnya ramai di jalan raya kita. Banyak kes sudah dilaporkan, dan kali ini ia melibatkan pemandu lori dan pemandu e-hailing pula. Asbabnya? Hanya kerana tidak diberi laluan, seorang pemandu lori mengekori lalu turun melakukan kekerasan terhadap seorang pemandu e-hailing di Jalan Batu Caves semalam (15 Mei).

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata kejadian berlaku sekitar 5.30 petang ketika mangsa yang berusia 38 tahun sedang membawa penumpang.

Pemandu lori berang, tumbuk pemandu e-hailing sebab tak bagi laluan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu lori berkenaan hendak masuk ke laluan hadapan kereta pemandu e-hailing berkenaan. Namun, mangsa meneruskan perjalanan di laluan berkenaan seperti biasa tanpa menyedari cubaan pemandu lori itu.

Tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu e-hailing berkenaan, pemandu lori itu mengekori mangsa dan ia disedari oleh mangsa ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Batu Caves.

Pemandu lori berang, tumbuk pemandu e-hailing sebab tak bagi laluan 01

Terbawa-bawa dengan amarah, pemandu lori berkenaan turun dari lori ketika berhenti di lampu isyarat lalu menendang bahagian belakang dan pintu sebelah pemandu kereta mangsa sehingga kemek.

Mangsa yang terkejut keluar dari kereta untuk bertanyakan tindakan pemandu lori berkenaan. Namun, tak disangka penumbuk melayang ke muka dan badan mangsa. Pemandu lori berkenaan turut menendang mangsa di bahagian belakang dan hadapan badan.

Arifai berkata, mangsa lebam di bahagian mata dan tangan, selain hidung berdarah sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Polis kini giat memburu pemandu lori yang terbabit dalam kejadian berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Muhammad Ekhmal Nasir Khan di talian 0133020385 atau 03-61262222.

Sumber berita: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda