window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu lori didakwa positif dadah mengaku tidak bersalah atas kemalangan maut anggota PGA

Mersita · Dec 28, 2021 07:00 PM

Pemandu lori didakwa positif dadah mengaku tidak bersalah atas kemalangan maut anggota PGA 01

Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani semalam atas pertuduhan memandu dibawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian dalam satu nahas empat kenderaan di KM 79.5 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara pada Jumaat lalu.

Namun, tertuduh, Hairul Azman Abdullah (40) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadhirah Abdul Rahim, lapor Berita Harian.

Pemandu lori didakwa positif dadah mengaku tidak bersalah atas kemalangan maut anggota PGA 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdahulu, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, sebuah Honda City dipandu seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang juga dinaiki keluarganya berhenti di lorong kecemasan setelah terlanggar serpihan tayar di atas jalan.

Pemandu lori didakwa positif dadah mengaku tidak bersalah atas kemalangan maut anggota PGA 01

Kemudian, sebuah lori PROPEL yang dipandu seorang lelaki bersama dua penumpang tiba dan memasang kon keselamatan. Tidak lama selepas itu, sebuah trak pikap PLUS Ronda pula tiba lalu berhenti di hadapan kereta mangsa untuk menghulurkan bantuan.

Kemalangan pada jam 2.09 pagi itu berlaku apabila lori dipandu tertuduh hilang kawalan lalu merempuh bucu kanan belakang lori PROPEL berkenaan sehingga menyebabkan ia terlajak dan terkena Honda City mangsa.

Pemandu lori didakwa positif dadah mengaku tidak bersalah atas kemalangan maut anggota PGA 02

Mangsa, Koperal Muhamad Aziem Azman (34), disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Penumpang iaitu isterinya yang juga berusia 34 tahun mengalami kecederaan di kepala, badan dan kaki manakala anak lelaki mereka berusia 4 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu lori PROPEL berkenaan pula cedera di kepala dan dada, kata Adzli.

Pemandu lori didakwa positif dadah mengaku tidak bersalah atas kemalangan maut anggota PGA 03

Menurut fakta kes, susulan kejadian tertuduh ditahan reman selama 4 hari dan hasil ujian air kencing mendapati tertuduh positif dadah jenis methamphetamine.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 10 tahun atau maksimum 15 tahun, denda RM50,000 hingga RM100,000, dan hilang kelayakan lesen bagi tempoh minimum 10 tahun.

Nadhirah menetapkan tarikh 26 Januari 2021 untuk sebutan semula kes.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda