window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta bukan nasional lebih jimat? Ini sebab PDRM 'tukar selera' dari Proton Preve ke Honda City

Mersita · Jun 13, 2023 02:50 PM

Kereta bukan nasional lebih jimat? Ini sebab PDRM 'tukar selera' dari Proton Preve ke Honda City 01

Sumber: @razif___mohamed

Dahulu kala, syarikat pengeluar kereta ‘nasional’ menjadi kebanggaan dan digunakan secara khusus untuk kenderaan jabatan kerajaan. Sentimen patriotik ini diraikan ramai, bagaimanapun dengan peredaran masa dan perubahan suasana, adakah wajar ‘semangat patriotik’ ini diketepikan? Tambahan pula, bukankah kereta bukan nasional secara amnya lebih mahal daripada Proton dan Perodua? Kenapa jabatan kerajaan ‘berbelanja lebih’ guna duit rakyat?

Itulah antara hujah yang bermain di fikiran segelintir netizen setelah menyambut berita tentang kenderaan rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang ditukarkan daripada Proton Preve kepada Honda City.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Pada Isnin, @careta_malaysia menerusi Instagram berkongsi satu foto menunjukkan sekurang-kurangnya 6 buah Honda City ‘berseragam’ PDRM berserta kapsyen “Honda City ganti Proton Preve di Jabatan Polis?”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti biasa, ruang komennya cukup meriah dengan pelbagai hujah dan pendapat – rata-ratanya berbaur negatif dan mempersoalkan perkara-perkara di atas. Memetik laporan portal Careta, keputusan menggantikan Proton Preve kepada Honda City sebagai kenderaan PDRM adalah disebabkan penghentian pengeluaran sedan segmen C Proton itu.

Kereta bukan nasional lebih jimat? Ini sebab PDRM 'tukar selera' dari Proton Preve ke Honda City 01

Sumber portal itu juga memaklumkan yang Proton Persona pula terlalu kecil untuk piawaian yang ditetapkan, manakala Proton X50 terlalu mahal. Maka, pilihan paling sesuai untuk menggantikan armada kenderaan lama jabatan penguatkuasa itu ialah Honda City dan Perodua Aruz.

Kereta bukan nasional lebih jimat? Ini sebab PDRM 'tukar selera' dari Proton Preve ke Honda City 02

Bagaimana pula tentang kos? Seperti ramai sudah sedia maklum, banyak jabatan kerajaan menggunapakai pakej pajakan yang disertakan sekali dengan penyelenggaraan berkala. Honda City baru PDRM ini bukannya dibeli dan ia akan dipulangkan semula kepada syarikat penyedia setelah tamat tempoh pajakan, lapor portal itu lagi.

Dari segi kos, memajak kereta buatan luar seperti Honda dikatakan lebih murah dan mudah kerana ketersediaan alat ganti yang masih banyak di pasaran. Alasan ini lebih kurang sama dengan yang diberi kerajaan semasa orang ramai mempersoalkan penggantian Proton Perdana kepada Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi kerajaan Malaysia.

Juga baca: MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa

Kereta bukan nasional lebih jimat? Ini sebab PDRM 'tukar selera' dari Proton Preve ke Honda City 03

Apa-apa pun, hakikatnya kereta jenama Proton dan Perodua sudah hilang daya tarikannya di kalangan pemimpin negara kita. Baik dari segi piawaian dan kos, lambang status yang dikaitkan dengan jenama luar negara juga memainkan peranan – sesuailah dengan status VIP/VVIP yang dipegang dengan jawatan masing-masing.

Juga baca: Dari RM 5.8k sebulan, Toyota Vellfire ganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri!

MBSJ dapat Honda Civic FE 1.5 V Turbo sebagai kereta peronda, pengiring trafik penguatkuasa

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda