window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pindaan Pengangkutan Jalan diluluskan: Penjara maksimum 20 tahun!

Faisal ยท Sep 25, 2020 02:57 AM

Pindaan Pengangkutan Jalan diluluskan: Penjara maksimum 20 tahun! 01

Dewan Negara telah menerima undian majoriti daripada ahli-ahli Senat untuk melaporkan Pindaan Pengangkutan Jalan 2020. Ini bermaksud negara Malaysia kini semakin tegas dalam memberikan denda yang lebih ketat kepada pemandu yang cuai dan berada dalam pengaruh alkohol dan dadah (Driving under the influence) atau dikenali sebagai DUI.

Pindaan Pengangkutan Jalan diluluskan: Penjara maksimum 20 tahun! 02

Pindaan yang dikarang oleh Timbalan Kementerian Pengangkutan ini telah diluluskan oleh 16 senator yang terdiri daripada kerajaan dan pembangkang yang terlibat dalam pendebatan tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perkara ini sejajar dengan persefahaman suara dalam Parlimen yang memihak kepada pindaan sejak bulan Ogos yang lalu untuk mengetatkan denda kepada pemandu yang memandu dalam keadaan yang tidak waras.

Sebagai ringkasan, pindaan tersebut mengandungi 15 akta utama. Antaranya ialah pindaan Seksyen 41 pada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Pesalah kali pertama yang meragut nyawa akibat pemanduan yang cuai dan merbahayakan akan dikenakan penjara selama 5 ke 10 tahun dan denda sebanyak RM 20,00 ke RM 50,000.

Selain itu, pindaan ini turut mencadangkan perubahan pada Seksyen 44 untuk kelakuan yang sama dimana pesalah akan disabitkan melalui 2 kesalahan iaitu pengakibat kecederaan dan punca nyawa diragutkan.

Pindaan Pengangkutan Jalan diluluskan: Penjara maksimum 20 tahun! 01

Kemalangan maut yang berpunca daripada pesalah DUI kali pertama akan dikenakan penjara selama 10 ke 15 tahun dan denda sebanyak RM 50,000 ke RM 100,000. Lesen memandu juga akan digantung selama 10 tahun.

Pesalah yang mengulangi kesilapan sama pula akan dipenjarakan selama 15 ke 20 tahun dan denda tidak kurang daripada RM 100,000 dan maksimum hingga RM 150,000. Lesen memandu pula akan digantung selama 20 tahun.

Pindaan Pengangkutan Jalan diluluskan: Penjara maksimum 20 tahun! 02

Pada masa yang sama, pindaan ini juga mencadangkan untuk mengurangkan had alkohol kepada 22 mikrogram (mg) dalam nafas 100 ml, 50 mg dalam darah 100 ml, dan 67 mg dalam 100 ml air kencing.

Sejak awal tahun ini, kita sering mendengar berita tentang pemandu yang memandu menyalahi undang-undang sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa. Oleh itu, adalah wajar untuk kerajaan mengenakan denda yang tegas terhadap pesalah supaya pemanduan jalan raya menjadi lebih selamat.

Sumber: Bernama

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda