PKP 2.0: Kedai makan, restoran tutup pukul 10 malam bermula esok, hasil #SiBodohKauDengarSini
Mersita ยท Jan 21, 2021 06:35 PM
0
0
Tahniah bagi mereka yang memulakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSinikerana anda sudahpun didengari – kedai makan dan restoran kini dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 10 malam bermula esok, 22 Januari 2021.
Keputusan ini dibuat berikutan aduan yang diterima dari pelbagai pihak yang mahukan kemudahan mendapatkan makanan siap dimasak pada waktu malam. Ada yang mengadu mereka tidak sempat untuk memesan makanan kerana kebanyakan platform pesanan makanan menutup tempahan mereka seawal pukul 7 petang.
Pengumuman yang dibuat di platform Telegram MKN itu menyatakan restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (foodtruck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kiosk dibenarkan beroperasi antara jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.