window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PKP 3.0: Sekatan jalan raya akan ditambah, waktu operasi stesen minyak dan kedai 8am - 8pm

Mersita ยท Mar 30, 2021 06:59 PM

PKP 3.0: Sekatan jalan raya akan ditambah, waktu operasi stesen minyak dan kedai 8am - 8pm 01

Setelah dua hari menunggu, garis panduan atau SOP baharu bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sudahpun diumumkan melalui sidang media Menteri Kanan Pertahanan hari ini.

Bagi mengehadkan pergerakan orang awam, pengangkutan awam akan dihadkan kepada 50 peratus kapasiti penumpang dan kekerapan perkhidmatan juga akan dikurangkan – sama seperti PKP 1.0.

PKP 3.0: Sekatan jalan raya akan ditambah, waktu operasi stesen minyak dan kedai 8am - 8pm 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekatan jalan raya juga akan diperbanyakkan manakala penguatkuasaan oleh agensi yang diberi kuasa kompaun akan diperkasakan lagi. Penguatkuasaan ini akan dipertingkatkan terutamanya pada hujung minggu.

Bagi waktu operasi sektor ekonomi seperti stesen petrol, kedai-kedai, premis makanan (tapau, penghantaran, dan pandu-lalu), dobi, serta pusat membeli-belah akan dihadkan waktu operasinya iaitu bermula dari 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Farmasi dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam manakala stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.

PKP 3.0: Sekatan jalan raya akan ditambah, waktu operasi stesen minyak dan kedai 8am - 8pm 01

Terdahulu, premis makanan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam manakala stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam.

SOP baharu diperketatkan ini akan dikuatkuasakan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 25 Mei 2021.

Kawasan berisiko tinggi seperti yang disenaraikan di dalam sistem HIDE akan diarah tutup serta-merta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah pada sidang media yang sama menjelaskan bahawa pemakaian pelitup separuh muka dua lapis adalah digalakkan, namun tidak diwajibkan. Bagi mematuhi SOP, pemakaian satu pelitup muka adalah memadai.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda