window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton akan tambah kilang penghentakan badan kereta baharu di Tanjung Malim

Mersita · Apr 22, 2021 05:30 PM

Proton akan tambah kilang penghentakan badan kereta baharu di Tanjung Malim 01

PROTON telah memulakan kerja untuk penambahan fasiliti kilang penghentakan badan kereta yang baharu di kilang Tanjung Malim dengan upacara memecah tanah yang dilakukan oleh pihak pengurusan syarikat awal hari ini.

Perkembangan baru ini akan menyumbang kepada barisan pengeluaran sedia ada, dimana jentera hentakan ‘Superlarge’ yang akan diguna mampu meningkatkan kebolehan PROTON.

Lebih penting lagi, perkembangan ini adalah sebahagian daripada rancangan syarikat untuk menambah tahap penggunaan komponen tempatan bagi model sedia ada dan yang akan datang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton akan tambah kilang penghentakan badan kereta baharu di Tanjung Malim 01

Pelaburan sebanyak RM200 juta ini menjadi sebahagian daripada rancangan PROTON untuk menaikkan taraf Tanjung Malim kepada kilang pembuatan bertahap dunia. Ia akan membolehkan pengeluaran panel badan yang lebih besar dan selain daripada pelaburan ini, sebanyak RM1.2 bilion telah dibelanjakan untuk barisan pengeluaran yang baru pada tahun 2019.

Pihak syarikat berkata pelaburan ini adalah selaras dengan strategi perkembangan dan rancangan masa depan mereka kerana ia membolehkan pembuatan pelbagai model. Ia juga selaras dengan strategi teknologi PROTON dimana kilang baru itu akan menggunakan alatan dan sistem canggih.

Proton akan tambah kilang penghentakan badan kereta baharu di Tanjung Malim 02

Dr. Li Chunrong, CEO PROTON

“Walaupun kami berpuas hati dengan kemajuan syarikat setakat ini, PROTON perlu sentiasa bergerak ke depan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

“Penambahan baru ini adalah sebahagian daripada strategi kami bagi memastikan kami boleh terus berkembang dan pada masa yang sama, menambah jumlah model bila ia diperlukan. Ini bermakna syarikat akan mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan pelbagai model tetapi lebih penting lagi, kami akan mengeluarkan produk yang bertaraf tinggi dan mempunyai teknologi baru,” tambah Dr Li Chunrong.

Proton akan tambah kilang penghentakan badan kereta baharu di Tanjung Malim 03

Proton City, Tanjung Malim

Prestasi PROTON telah meningkat secara mendadak dalam masa tiga tahun lalu. Syarikat itu telah melancarkan model baru, menambah pegangan pasaran, meningkatkan tahap kualiti, dan juga merombak rangkaian pengedarnya.

Hasil daripada perubahan ini, syarikat berjaya menyandang gelaran sebagai satu-satunya pengeluar kenderaan di Malaysia yang menambah jualan pada tahun 2020.

Proton akan tambah kilang penghentakan badan kereta baharu di Tanjung Malim 04

“Haluan dan perkembangan masa depan PROTON adalah jelas. Malaysia akan tetap menjadi pasaran utama tetapi syarikat perlu mempunyai kebolehan untuk bersaing di luar negara. Fasiliti baru ini merupakan sebahagian kecil dalam perjalanan itu, tetapi ia amat penting kerana ia membolehkan penambahan penggunaan komponen tempatan pada masa hadapan. Ini juga akan membolehkan PROTON melibatkan lebih ramai vendor tempatan dalam proses pengeluarannya dan dengan demikian, mengembangkan lagi ekosistem automotif tempatan,” tambah Dr Li.

PROTON akan menempatkan kilang penghentakan baharu ini bersama dengan barisan pengeluaran yang sedia ada dan dijangka siap pada suku ketiga 2022.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda