window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton sahkan Smart #3 akan dilancar di Malaysia, Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q4 2023

Faisal · Apr 19, 2023 01:00 PM

Proton sahkan Smart #3 akan dilancar di Malaysia, Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q4 2023 01

Proton baru sahaja mengesahkan bahawa subsidiarinya, Pro-Net akan melancarkan Smart #3 selepas China dan Eropah.

Kalau anda nak tahu, Smart #3 merupakan model kedua yang dirasmikan oleh kerjasama Geely-Mercedes-Benz. Untuk makluman anda, syarikat ini hanya membangunkan kereta EV.

Sebagai perbandingan, saiz Smart #3 lebih besar daripada Smart #1, kira lebih kurang sama dengan Toyota Corolla Cross.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton sahkan Smart #3 akan dilancar di Malaysia, Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q4 2023 01

Kuasanya disalurkan oleh motor elektrik belakang yang menghembuskan 272 PS. Varian pacuan semua roda (AWD) pun ada yang mana roda depannya dipandu oleh motor berkuasa 156 PS, sekaligus memberikan output keseluruhan sebanyak 428 PS.

Setakat ini, butiran lanjut belum didedahkan tetapi Smart #1 sendiri mempunyai jarak pandu sejauh 440 km dengan menggunakan bateri berkapasiti 66 kWj.

Proton sahkan Smart #3 akan dilancar di Malaysia, Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q4 2023 02

Jelas Dr. Li Chunrong, CEO Proton dan Pengerusi Pro-Net dalam acara pembukaan Shanghai Auto Show 2023 semalam, “Proton tidak lama lagi akan masuk pasaran NEV di Malaysia. Langkah pertama kami adalah dengan melancarkan Proton X90 (hibrid-sederhana), diikuti dengan EV Smart #1. Tetapi dengan menandatangani dokumen Heads of Agreement (HoA) dengan Geely awal bulan ini beserta lawatan ke kilang pintar Zeekr oleh Menteri MITI, kami sedang mempertimbangkan untuk mempercepatkan lagi pengeluaran model-model seterusnya”.

Proton sahkan Smart #3 akan dilancar di Malaysia, Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q4 2023 03

Selain itu, Dr. Li menambah bahawa syarikat sebenarnya dalam garis masa tepat untuk melancarkan Smart #1 pada suku 4 2023, diikuti dengan Smart #3 iaitu selepas model tersebut diperkenalkan di China dan juga Eropah.

Mengenai Smart #1, Dr. Li sempat mengulas bahawa, “Sebagai model EV pertama kami, banyak aspek yang memerlukan perancangan rapi sebelum Smart #1 dilancarkan. Kami telah rekrut pengedar kami dan mengusahakan pusat mengecas.”

Ulas beliau lagi, “Apapun, Pro-Net adalah pemacu tunggal kami untuk model EV dari Proton. Jadi, kami akan menambah model Smart di Malaysia pada masa akan datang. Di samping itu, pelanggan akan menerima perkhidmatan, sokongan dan layanan seperti membeli sebuah produk premium”.

Juga bacaSmart #1 'on track' untuk pelancaran Q3 2023 di Malaysia; ada rangkaian jualan & servis, lebih pengecas EV

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia