window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini?

Zamil Syaheer · Sep 11, 2021 02:00 PM

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 01

Proton Satria GTi 1.8 adalah salah satu model yang ramai orang boleh rasa bangga. Individu yang pernah memiliki selalunya menyesal apabila menjualnya, dan orang yang tak pernah memilikinya pula ada perasaan ingin membelinya.

Bagi mereka yang ingin membeli hothatch ini, sekarang adalah masa yang sesuai. Anda masih boleh mencari unit Proton Satria GTi dalam keadaan yang baik. Oleh itu, mari kami tunjukkan kepada anda apa yang perlu anda ketahui tentang hothatch berlegenda ini.

Varian Satria GTi mana yang paling best?

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Satria GTi dilancarkan di Malaysia pada tahun 1998, dengan harga RM 68,000. Ini adalah hatchback pertama dari jenama Malaysia yang memberi fokus terhadap prestasi.

Kemasukan Satria GTi ke pasaran tempatan juga bertepatan dengan dengan pembukaan Litar Antarabangsa (Sepang F1 Circuit pada masa itu) untuk acara Formula Satu pada tahun 1999.

Satria GTi hanya ditawarkan dalam satu varian dengan enjin 1.8 liter, 4 silinder 4G93P (140 PS, 167 Nm) yang dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan. Ini benar-benar untuk pemandu yang komited. Anda boleh memilikinya dalam warna apa pun, asalkan berwarna perak.

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 01

Pengeluaran Proton Satria GTi berakhir pada tahun 2005. Sehingga hari ini, kira-kira 23 tahun selepas pelancarannya, contoh Satria GTi terpakai memegang nilai yang amat baik, antara RM 21,000 hingga RM 38,000.

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 01

Satria GTi standard yang tidak diubahsuai agak sukar untuk dicari. Selain itu, cadangan kami adalah untuk mencari unit yang dibuat pada tahun 2002 ke atas. Atas sebab-sebab yang akan kita selidiki di bawah, model yang lebih baru ini akan mengurangkan pelbagai jenis masalah walaupun ia lebih mahal untuk dibeli.

Kenapa anda patut membeli Satria GTi?

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 02

Imej oleh DSR.

Resipi hothatch bukanlah yang benda baru dalam leksikon automotif. Namun, pembeli kereta Malaysia pada masa itu tertarik pada kereta yang lebih praktikal seperti sedan dan MPV (ini sebelum SUV menjadi trend semasa).

Oleh itu, ketika Proton melancarkan Satria GTi kepada rakyat Malaysia, ia memberi impak yang besar. Dari luar, Satria GTi tampak mengancam dan agresif dengan kit badan yang direka khas untuk aerodinamik, ‘fender flare’ dengan rivet, dan sayap belakang yang besar.

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 03

Pada bahagian interior, Satria GTi membezakan dirinya daripada adik-beradiknya yang lebih 'biasa' dengan peralatan yang lebih mewah dan eksklusif. Kita bercakap mengenai tempat duduk depan Recaro, stereng, tombol gear dan juga grafik panel instrument yang unik untuk GTi.

Enjin 1.8 liter 4G93P daripada Mitsubishi dengan padanan transmisi manual 5-kelajuan ini lebih daripada cukup untuk memuaskan hati sanubari. Tambahan pula, ia agak ringan - 1,115 kg sahaja.

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 04

Imej oleh DSR.

Selain itu, Satria GTi adalah model Proton pertama yang menerima lencana 'Handling by Lotus', menambahkan aura daya tarikannya. Itu bukan hanya gaya sahaja.

Seperti Putra, Satria GTi memiliki sistem suspensi yang hebat di bawahnya, dengan topang MacPherson di depan, dan sistem multi-link di bahagian belakang, ciri yang tidak dimiliki oleh kebanyakan kereta yang lebih mahal pada masa itu.

Juga baca: Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik!

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 05

Imej oleh DSR.

Melengkapkan naik taraf casis Satria GTi adalah bar penstabil di hadapan, penalaan suspensi unik dan brek yang lebih besar. Gabungan ini menjadikan Satria GTi sebagai hothatch yang benar-benar meleleh.

Ini adalah resipi yang tepat untuk peminat pemanduan – sebuah hothatch tradisional, buatan Malaysia, oleh rakyat Malaysia, dan dengan harga yang mampu dimiliki. Sama seperti Proton Putra, Satria GTi adalah kereta berprestasi yang berpatutan untuk mendorong keseronokan bagi generasi peminat pemanduan.

Juga baca: Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 06

Ruang but yang lebih daripada mengcukupi.

Semua ini dalam pakej hatchback yang boleh anda pandu setiap hari. Mengapa anda fikir hothatch sangat popular?

Kerana kereta sebegini mampu melakukan perkara biasa setiap hari seperti hatchback biasa, tetapi boleh bertukar menjadi sebuah jentera yang mantap ketika anda ingin memandu dengan bersemangat di litar ataupun jalan bukit.

Susah tak nak jaga? Apakah permasalahan yang biasa dengan Satria GTi?

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 07

Dream Street Restoration, diketuai oleh Suriya (kanan) dan anaknya Dharveen. Imej oleh DSR.

Oleh kerana ia serupa dari segi mekanikal dengan Putra / Wira 1.8, tak susah mahupun mahal untuk menjaga Satria GTi, seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Kos pemilikan Proton Satria GTi
Cukai jalan (RM) 280
Tayar/sebiji (RM) 290
Saiz tayar standard 205/45
R16
10k km
Servis biasa (RM)
160

Mengenai masalah umum, WapCar.my sekali lagi bercakap dengan Mr Suriya Sankaran dari Dream Street Restoration (DSR), pakar restorasi model Proton C99 seperti Satria GTi dan R3, Wira 1.8, dan Putra. Dia benar-benar seorang harta karun maklumat mengenai kereta-kereta ini.

Secara mekanikal, Suriya sekali lagi menyatakan bahawa seperti Putra, enjin 4G93P Satria GTi boleh dipercayai dan tahan lasak. Dengan penyelenggaraan yang betul, enjin ini telah melangkaui 250,000 km tanpa masalah besar sama sekali.

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 01

Antara penyakit enjin ini adalah bunyi bising yang datang dari pengangkat hidraulik (RM 1.2k untuk diganti) kerana penjagaan yang tidak teratur, dan pam klac yang sudah uzur (pemasangan RM 150) bagi kereta yang jarang dipandu.

Masalah umum lain dengan Satria GTi adalah pam klac yang terlalu lentur pada firewall apabila ditekan, menyebabkan pedal terasa tidak konsisten. DSR sedang dalam proses mengembangkan penahan untuk membantu mengurangkan kelenturan tersebut, dengan harga bawah RM 100.

Permasalahan biasa Proton Satria GTi
Isu Simptom Kos penggantian (RM)
Pengangkat hidraulik Bunyi tepet 1,200
Klac pam yang sudah uzur Gear susah nak masuk / tak boleh masuk 150
Klac pam lentur Pedal yang kurang konsisten < 100

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 02

Enjin 1.8 liter 4G93P tidak memerlukan minyak enjin sintetik sepenuhnya. Ia lebih suka minyak separa sintetik atau minyak mineral. Suriya mengesyorkan anda untuk memilik kelikatan sekurang-kurangnya 10W-40 untuk enjin ini.

Perlu kami ingatkan bahawa Satria GTi sebelum tahun 2002 menggunakan ECU Mitsubishi (MMC), sementara pasca pertengahan tahun 2002 pula menggunakan unit Siemens VDO. Suriya mengatakan bahawa ECU VDO lebih fleksibel dan mudah untuk menghasilkan kuasa dari segi ‘remapping’ sekiranya para pemilik ingin menala enjin ini.

Namun begitu, Satria GTi juga mengalami masalah karat yang sama dengan Putra kerana ia menggunakan pelekat yang sama pada sendi badannya. Hanya kereta pasca Oktober 2001 yang bebas dari masalah ini. Masalah karat ini selalu terjadi di bahagian bumbung, pintu, bonet depan dan belakang.

Sekiranya anda menemui unit Satria GTi terpakai yang sangat anda minati, anda boleh menghubungi Suriya dan mereka dengan senang hati akan membantu anda menilai keadaan kereta.

Konklusi

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 01

Imej oleh DSR.

Kewujudan Proton Satria GTi benar-benar merupakan salah satu hadiah terbaik bagi peminat pemanduan di Malaysia. Ia bukan sekadar aspirasi, tetapi mampu dimiliki.

Tanpa Satria GTi, tidak akan ada Proton R3. Ia juga menjadi landasan bagi keberadaan Proton Satria R3, yang hingga hari ini tetap menjadi salah satu model yang paling ikonik dan legenda.

Juga baca: Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research

Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini? 02

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda