window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Puspakom mahu perangi runner tidak bertanggungjawab dengan perketat sistem

Haris ยท Oct 1, 2020 05:00 PM

Puspakom mahu perangi runner tidak bertanggungjawab dengan perketat sistem 01

Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) telah mengumumkan untuk mengetatkan sistem temu janji dalam talian. Langkah tersebut diambil untuk memerangi kartel runner yang menyalahgunakan sistem tersebut untuk mengaut keuntungan sendiri.

Modus operandi yang dilakukan oleh kartel runner ini mudah. Runner akan menempah slot temujanji secara pukal kemudian menjual slot tersebut kepada pemilik kenderaan yang memerlukan pemeriksaan Puspakom.

Puspakom mahu perangi runner tidak bertanggungjawab dengan perketat sistem 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tindakan keji tersebut berjaya dihidu pihak Puspakom yang mendapati terdapat individu yang menempah slot temujanji antara 100 hingga 500 slot dalam masa sebulan tetapi tidak hadir untuk pada waktu yang ditetapkan.

Puspakom mahu perangi runner tidak bertanggungjawab dengan perketat sistem 01

"Akibat daripada ini, slot temu janji MyPUSPAKOM kerap penuh. Kumpulan ini dipercayai adalah orang tengah atau 'runner', yang menjalankan aktiviti mengaut keuntungan dengan menawarkan slot temu janji yang ditempah mereka kepada pelanggan yang benar-benar ingin menjalankan pemeriksaan kenderaan, terutama di pusat pemeriksaan di Lembah Klang.

"Pengguna akaun MyPUSPAKOM yang mempunyai kekerapan menjadualkan semula tempahan, membuat pembatalan dan memohon pembayaran balik akan dipantau dan disekat oleh sistem MyPUSPAKOM secara automatik.

Puspakom mahu perangi runner tidak bertanggungjawab dengan perketat sistem 02

Polisi pemulangan bayaran balik akan diperketatkan dalam menangani masalah ini. Tambah Puspakom lagi, hanya 3 tempahan temu janji dibenarkan bagi kenderaan persendirian untuk setiap pelanggan dalam masa sehari.

"Kita juga menggesa pelanggan terutama pengusaha kereta baharu dan terpakai untuk tidak melanggan perkhidmatan 'runner' yang tidak beretika dan berhenti membeli slot temu janji daripada mereka.

Puspakom mahu perangi runner tidak bertanggungjawab dengan perketat sistem 03

"Pelanggan boleh menghubungi 03-2052 8989 atau menghantar emel kepada whistleblower@puspakom.com.my dengan segera sekiranya dihubungi orang tengah yang menawarkan slot pemeriksaan, yang kebiasaannya menjual dengan harga yang amat tinggi.

Sumber: Harian Metro

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda