window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rakam dan kongsi aksi merbahaya tunggang Yamaha RXZ, tindakan 'dungu' lelaki ini buatnya dicekup polis!

Khairil ยท May 18, 2021 01:00 PM

Rakam dan kongsi aksi merbahaya tunggang Yamaha RXZ, tindakan 'dungu' lelaki ini buatnya dicekup polis! 01

Gara-gara merakam dan berkongsi aksi merbahayanya menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ kononnya menyambut Lebaran di ibu negara, tindakan 'kurang bijak' seorang lelaki akhirnya memakan diri apabila dia ditahan polis.

Rakam dan kongsi aksi merbahaya tunggang Yamaha RXZ, tindakan 'dungu' lelaki ini buatnya dicekup polis! 02

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 28 saat pada 13 Mei lalu di laman sosial Instagram dan TikTok yang menayangkan seorang lelaki menunggang motosikal secara berbahaya tanpa memakai topi keledar di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Video itu yang seperti mencabar kewibawaan pihak berkuasa itu kemudian dimuat naik oleh pemilik akaun muhddanialsyafiq di Instagram dengan tajuk 'The Real Raya in Kuala Lumpur'.

Rakam dan kongsi aksi merbahaya tunggang Yamaha RXZ, tindakan 'dungu' lelaki ini buatnya dicekup polis! 01

Dan natijahnya, tindakan itu mendapat perhatian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di mana lelaki berkenaan sudah pun ditahan manakala motosikal yang digunakan disita.

Rakam dan kongsi aksi merbahaya tunggang Yamaha RXZ, tindakan 'dungu' lelaki ini buatnya dicekup polis! 02

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata bertindak atas laporan polis yang diterima, Unit Risikan Operasi JSPT Kuala Lumpur yang diketuai oleh Inspektor Mohammad Solihi Shafie telah berjaya mengesan serta menahan suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun kira-kira pukul 7 petang semalam.

Rakam dan kongsi aksi merbahaya tunggang Yamaha RXZ, tindakan 'dungu' lelaki ini buatnya dicekup polis! 03

“Pasukan polis yang melakukan tangkapan turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ serta merampas pakaian yang digunakan oleh suspek dalam video tersebut,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Rakam dan kongsi aksi merbahaya tunggang Yamaha RXZ, tindakan 'dungu' lelaki ini buatnya dicekup polis! 04

Zulkefly berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek pernah ditangkap sebanyak dua kali sebelum ini di atas kesalahan yang sama dan telah dihukum di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tahun 2018 dan dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat selama 12 bulan dan lesen memandu digantung selama dua tahun pada tahun 2020.

Rakam dan kongsi aksi merbahaya tunggang Yamaha RXZ, tindakan 'dungu' lelaki ini buatnya dicekup polis! 05

Menurut Harian Metro, pihak polis turut sedang menjejaki seorang lagi kenalan suspek yang merakamkan aksi menunggang motosikal secara merbahaya itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana bersubahat.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda