window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rasmi: Toyota bZ3 dari RM 120k, kereta elektrik (EV) yang lebih murah daripada Corolla Cross Hybrid!

Haris · Jan 4, 2023 08:00 PM

Rasmi: Toyota bZ3 dari RM 120k, kereta elektrik (EV) yang lebih murah daripada Corolla Cross Hybrid! 01

Toyota bZ3 membuat penampilan secara rasmi di Guangzhou Auto Show 2022 yang diadakan sejak 30 Disember 2022. Sehubungan dengan itu, harganya turut diumumkan iaitu sekitar 189,000 yuan (RM 120,714) hingga 219,800 yuan (RM 140,386).

Bermula 1 Januari 2023, tempahan dibuka untuk Toyota bZ3 sedan elektrik bateri ini. Untuk bersaing dengan pasaran China yang sengit, Toyota telah bekerjasama dengan BYD dalam menyumbang kepakaran masing-masing.

Baca: Toyota bZ3, sedan EV khusus untuk China, harga 30% lagi murah daripada Tesla Model 3!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rasmi: Toyota bZ3 dari RM 120k, kereta elektrik (EV) yang lebih murah daripada Corolla Cross Hybrid! 01

Sekali imbas, Toyota bZ3 kelihatan seperti sebuah Toyota bZ4X yang lebih dikenali tetapi dalam bentuk sedan. Justeru itu, Toyota bZ3 adalah sedan elektrik penuh pertama Toyota.

FAW Toyota yang merupakan rakan kongsi tempatan di China menawarkan Toyota bZ3 dalam tiga varian: 

  • Elite PRO (asas)
  • Life PRO (pertengahan)
  • Life Premium (jarak gerak paling jauh)

Rasmi: Toyota bZ3 dari RM 120k, kereta elektrik (EV) yang lebih murah daripada Corolla Cross Hybrid! 02

Dari segi dimensi, Toyota bZ3 mempunyai panjang 4,725 mm, lebar 1,835 mm, tinggi 1,475mm dengan jarak roda 2,880 mm. Sebagai konteks, panjang badan Toyota bZ3 ini sedikit lebih besar daripada Corolla Altis tetapi kurang daripada Camry.

Rasmi: Toyota bZ3 dari RM 120k, kereta elektrik (EV) yang lebih murah daripada Corolla Cross Hybrid! 03

Fasia hadapan Toyota bZ3 nampak mirip seperti bZ4X namun ia kelihatan lebih rendah. Profail sisi memperlihatkan rekaan sedan fastback dengan kebanyakan perincian kelihatan sama sepert bZ4X tanpa pelindung hitam yang mengelilingi gerbang roda dan keliling.

Rasmi: Toyota bZ3 dari RM 120k, kereta elektrik (EV) yang lebih murah daripada Corolla Cross Hybrid! 04

Bahagian belakang kelihatan begitu ketara perbezaannya kerana lampu belakang tidak hadir dengan rekaan mengalir seperti Toyota bZ4X. Sebaliknya, ia tampil seperti lampu biasa dengan logo terletak di atas jalur lampu LED - posisi yang sedikit asing kerana kebiasaannya logo sama ada di bawah atau di tengah-tengah jalur lampu LED.

Rasmi: Toyota bZ3 dari RM 120k, kereta elektrik (EV) yang lebih murah daripada Corolla Cross Hybrid! 05

Sama seperti bZ4X, sedan EV ini juga dibina di atas platform e-TNGA. Kabin untuk kedua-dua siri bZ juga masih kelihatan serupa. Antara persamaannya adalah Toyota bZ3 masih menggunakan stereng yang sama seperti bZ4X dan kehadiran dua skrin, masing-masing sebagai panel instrumen dan satu lagi sebagai unit infohibur dalam profail menegak.

Rasmi: Toyota bZ3 dari RM 120k, kereta elektrik (EV) yang lebih murah daripada Corolla Cross Hybrid! 06

Seperti yang telah kami nyatakan pada awal penulisan ini, sedan elektrik Toyota bZ3 2023 dibangunkan dengan kerjasama BYD. Antara komponen yang disumbang oleh BYD adalah bekalan bateri jenis fosfat besi litium dan motor elektrik mereka untuk memacu aci roda belakang (RWD).

Baca: Toyota bZ3 sah untuk China - 'EV Corolla' guna bateri LFP BYD, jadi saingan Tesla Model 3

Rasmi: Toyota bZ3 dari RM 120k, kereta elektrik (EV) yang lebih murah daripada Corolla Cross Hybrid! 07

Terdapat dua jenis kuasa yang dihasilkan, varian pertama ialah 183 PS dan kedua ialah 243 PS. Varian jenis bZ3 ini juga dibezakan daripada keupayaan kapasiti jarak gerak bateri yang dipasang. Ada yang dapat menempuh jarak 517 km sekali cas. Varian tertinggi dijangka mampu mencapai jarak 616 km.

Baca: Bukan lagi spekulasi, pelancaran EV Toyota bZ4X di Malaysia disahkan untuk 2023!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia