window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen

Faisal · Apr 24, 2023 10:00 AM

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 01

Seperti yang anda sudah tahu, EV Smart #1 akan tembus pasaran Malaysia dan pengedar rasminya adalah Pro-Net iaitu subsidiari Proton. Baru-baru ini, kami dijemput ke litar ujian Proton di Shah Alam untuk merasai pengalaman memandu SUV EV ini.

Juga bacaSubsidiari Proton, Pro-Net lancar halaman FB rasmi untuk Smart Malaysia

Beraspirasikan premium

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 02

Model di pasaran luar. Gambar sekadar hiasan.

Dengan suntikan dari jenama premium, antara penanda aras yang dipilih untuk membangunkan Smart #1 adalah Mercedes-Benz EQA dan MINI Electric. Berdasarkan pengalaman kami, kualiti Smart #1 memang tidak jauh beza. Dari segi bentuk sendiri, pasti ramai yang akan jatuh hati dan bahagian dalamnya banyak menerapkan unsur dari Mercedes-Benz.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 01

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 02

Kalau anda nak tahu, Smart #1 direka oleh pereka global Mercedes-Benz dan persamaan dari segi reka bentuk dan tombol kawalan dapat dilihat pada SUV EV ini.

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 03

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 04

Dari segi saiz, ia lebih kurang sama dengan Proton X50 dan ruang di dalam betul-betul luas. Dalam masa yang sama, aspek ergonomik juga bagus di mana pintunya boleh dibuka lebar dan kaki penumpang belakang boleh dimuatkan sehingga ke bawah kerusi hadapan.

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 05

Cumanya, dari segi penggunaan, pertama kali masuk ke tempat pemandu membuatkan kami tertanya “Di mana suis pelaras cermin tepi?”. Rupa-rupanya ada dalam infotainment 12.8 inci dan pemandu juga perlu tekan butang di stereng. Kenapa perlu rumit sangat?

Apapun, cipset Qualcomm Snapdragon 8155 yang menjadi nadi infotainment tersebut memberikan mutu operasi yang sangat lancar dan kamera 360-darjahnya juga cukup cantik dan jelas. Unit CBU China yang kami dapat ini dilengkapi sistem audio Beats dan ciri unik seperti ini pasti menarik ramai pembeli.

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 06

Kluster digital 9.2 inci. Walaupun jelas untuk dibaca dan cerah, ia sedikit kecil.

Selain itu, terdapat ciri lampu ambient lighting 64-warna (sampai ke lantai). Pendek kata, kalau estetik yang anda cari, kabin Smart #1 akan membuatkan anda terpukau dan jatuh cinta.

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 07

Bahan kulit sebenar.

Menariknya, kualiti binaan kabinnya cukup tinggi di mana tempat duduk kulitnya begitu empuk dan bahan plastik yang diguna pun rasa sedap untuk disentuh. Bagi kami, mutu bahagian dalam Smart #1 lebih tinggi daripada Ora Good Cat dan BYD Atto 3.

Juga bacaPengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini!

Pemanduan

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 08

Unit yang kami pandu uji ini adalah versi pandu belah kiri (LHD) dari China dan kereta pra-produksi. Berkenaan litar ujian Proton di Shah Alam, kami dapat menguji Smart #1 dalam beberapa pusingan yang melibatkan selekoh curam, seksyen berkelajuan tinggi dan bahagian yang disimulasikan sebagai jalan raya sebenar (permukaan berlubang, jalan beralun dan sebagainya).

Secara teknikal, Smart #1 spesifikasi China ini menggunakan motor elektrik belakang berkuasa 272 PS dan 343 Nm tork. Pecutan 0 – 100 km/j pula hanya mengambil masa 6.7 saat.

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 09

Dengan menggunakan bateri litium nikel manganis kobalt oksida (NMC) 66 kWj, jarak pandu Smart #1 dalam kitaran WLTP boleh pergi antara 420 – 440 km. Buat anda yang tertanya-tanya, varian yang dapat jarak pandu maksimum itu menggunakan motor berteknologi silikon karbid (SIC).

Dari segi pengecasan, model di pasaran luar menyokong pengecas AC pada 22 kW dan jenis DC pula sehingga 150 kW (CCS 2).

Jadi, bagaimanakah pengalaman memandu Smart #1? Secara amnya, cukup bertenaga. Berat 1,820 kg pun seperti tiada apa. Memandu atas 100 km/j juga rasa lekat di atas jalan.

Untuk melaras pemecut dan maklum balas stereng, pemandu juga boleh memilih antara mod Eco, Normal dan Sport.

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 10

Dari segi keselesaan pula, ia agak memuaskan tetapi karakternya sedikit keras (normal untuk EV dengan bateri berat sebegini). Rimnya pula bersaiz 19 inci. Secara tidak langsung, permukaan jalan yang kasar atau lubang memang terasa. Namun demikian, penebat bunyi luar sangat bagus di mana kadar bunyi tayar dan angin sangatlah rendah.

Untuk aspek pengendalian, Smart #! tiidak selincah yang kami sangka. Mungkin disebabkan berat yang hampir 2 tan dan nisbah stereng yang sedikit perlahan membuatkan EV ini rasa mahu bersantai.

Rumusan: EV yang dinanti-nantikan

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 11

Bagi anda yang belum tahu, Pro-Net berada di bawah syarikat Proton. Disebabkan itu, harganya mungkin lebih murah kerana ada penglibatan pengeluar kereta nasional kita.

Rebiu: pengalaman memandu Smart #1 di Malaysia - EV Mercedes untuk rakyat marhaen 12

Walau bagaimanapun, menyesuaikan Smart #1 dengan citarasa Malaysia juga agak penting dan apa yang kami dengar adalah kumpulan Malaysia sedang berusaha membangunkan aplikasi sendiri. Apapun, sekiranya mereka dapat menala sekali suspensi Smart #1, pasti EV ini lebih selesa untuk jalan raya kita.

Dari segi produk itu sendiri, Smart #1 adalah sebuah SUV EV yang agak bagus dan banyak mengambil unsur dan elemen premium. Ia pasti lebih laku daripada Smart ForTwo yang pernah ada di pasaran kita sebelum ini. Untuk itu, sama-sama kita nantikan pelancaran EV SUV ini.

Juga bacaSmart #1 'on track' untuk pelancaran Q3 2023 di Malaysia; ada rangkaian jualan & servis, lebih pengecas EV

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Smart #1 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda