window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sekolah tutup, geng motor diserbu polis Johor di ‘port sekolah wheelie’!

Khairil · Mar 16, 2021 02:00 PM

Sekolah tutup, geng motor diserbu polis Johor di ‘port sekolah wheelie’! 01

Lokasi yang diberi julukan 'sekolah weelie' di Taman Kota Masai, Johor oleh penduduk sekitar berikutan popularitinya sebagai 'port' bagi pelbagai kesalahan membabitkan motosikal sekali lagi digempur pihak polis.

Kawasan berkenaan adalah antara lokasi panas atau ‘hot-spot’ yang dikesan dalam pelaksanaan Op Khas – Ekzos Bising yang dijalankan di seluruh negeri.

Sekolah tutup, geng motor diserbu polis Johor di ‘port sekolah wheelie’! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sejak 1 Mac lalu, sebanyak empat operasi khas seumpama itu telah dijalankan di kawasan berkenaan.

“Sejak Op Khas ini dimulakan pada 1 Mac hingga semalam, polis telah menjalankan sebanyak 110 operasi melibatkan 4,440 buah kenderaan telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 817 saman berkaitan kesalahan ekzos dikeluarkan, manakala 138 kompaun melibatkan kesalahan dibawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan 146 kompaun di bawah kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sekolah tutup, geng motor diserbu polis Johor di ‘port sekolah wheelie’! 01

“Selain itu, polis turut menyita 276 kenderaan atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan modifikasi yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising yang diadakan di Taman Kota Masai, di sini hari ini.

Sekolah tutup, geng motor diserbu polis Johor di ‘port sekolah wheelie’! 02

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah)

Op Khas – Ekzos Bising itu dijalankan atas saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bagi membasmi kegiatan ekzos bising di seluruh negara.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut membidas tindakan segelintir pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikai penguatkuasaan diambil pihak berkuasa berhubung kegiatan ini.

Sekolah tutup, geng motor diserbu polis Johor di ‘port sekolah wheelie’! 03

“Modifikasi yang dijalankan terhadap motosikal ini dianggarkan berharga antara RM 4,000 hingga RM 14,000, manakala denda yang dikenakan hanyalah RM 2,000.

Sumber: Kosmo Online

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda