window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Setelah Malaysia & Indonesia, Chery ingin kembali ke Thailand pada 2022, ingin 'tapau' jenama Jepun!

Zamil Syaheer · Jan 29, 2022 06:00 PM

Setelah Malaysia & Indonesia, Chery ingin kembali ke Thailand pada 2022, ingin 'tapau' jenama Jepun! 01

Chery Omoda 5

Pada tahun ini, Chery bakal berkembang melangkaui pasaran pemanduan kiri (LHD), dengan hasrat untuk memasuki pasaran pemanduan kanan (RHD) termasuk Afrika Selatan, Malaysia dan Indonesia. Selain daripada pasaran tersebut, Chery baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk memasuki semula pasaran Thailand.

Setelah Malaysia & Indonesia, Chery ingin kembali ke Thailand pada 2022, ingin 'tapau' jenama Jepun! 02

Chery Tiggo 8 Pro

Dalam satu kenyataan, Chery berkata bahawa ia “sentiasa komited terhadap pembangunan pasaran pemanduan sebelah kanan. Thailand, sebagai pasaran terkemuka di rantau pemanduan sebelah kanan, juga akan menjadi salah satu negara yang akan ditumpukan oleh Chery dengan penawaran produk berkualiti tinggi.”

Juga baca: Chery Tiggo 8 Pro debut ASEAN tahun 2022 - RHD pertama di Indonesia, Malaysia menyusul?

Setelah Malaysia & Indonesia, Chery ingin kembali ke Thailand pada 2022, ingin 'tapau' jenama Jepun! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setakat ini, Chery membisu tentang apa sebenarnya maksud disebalik "produk berkualiti tinggi", tetapi jangan pandang rendah dan menghina mereka. Ini kerana Chery hari ini jauh berbeza sejak lima tahun lalu dengan penawaran kereta yang berkualiti, penuh teknologi dan reka bentuk yang lebih baik seperti Chery Omoda 5.

Setelah Malaysia & Indonesia, Chery ingin kembali ke Thailand pada 2022, ingin 'tapau' jenama Jepun! 01

Pembuat kereta China itu pernah dijual di Thailand juga tetapi ia hanya seketika dengan QQ dan Tiggo, ditawarkan sebagai kereta termurah dalam segmen masing-masing. Walau bagaimanapun, jualan yang lemah dan kebolehpercayaan yang menyedihkan menghalangnya daripada mencapai pintu kejayaan.

Juga baca: SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia!

Setelah Malaysia & Indonesia, Chery ingin kembali ke Thailand pada 2022, ingin 'tapau' jenama Jepun! 02

Mampukah Chery mencapai kejayaan yang sama seperti Haval di Thailand?

Kini, rakyat Thailand tidak lagi menganggap kereta China sebagai alternatif yang murah dan buruk kepada saingan terkenal seperti yang ditunjukkan oleh carta jualan. Dengan kejayaan MG dan Haval di negara gajah putih itu, maka tidak heran kenapa Chery ingin kembali semula.

Juga baca: Kuasa sakti China, SUV Haval & MG di Thailand 'tapau' Honda CR-V bagi jualan Oktober 2021

Setelah Malaysia & Indonesia, Chery ingin kembali ke Thailand pada 2022, ingin 'tapau' jenama Jepun! 03

Tambahan pula, Chery telah menjadi popular bukan sahaja di China di mana ia merupakan jenama yang lebih dipercayai daripada Geely, malah popularitinya dilihat di Rusia, Timur Tengah dan Amerika Latin di mana ia mendahului carta jualan dan memenangi beberapa anugerah.

Juga baca: Rakyat Malaysia mungkin mengenali Geely, tetapi Chery ialah jenama kereta paling dipercayai di China

Setelah Malaysia & Indonesia, Chery ingin kembali ke Thailand pada 2022, ingin 'tapau' jenama Jepun! 04

Pengeluar kereta China itu memulakan kemunculannya semula ke pasaran pandu kanan dengan kemasukan ke Afrika Selatan pada November 2021 apabila ia melancarkan Chery Tiggo 4 Pro, pesaing kepada Proton X50. Susulan itu, Chery mungkin akan membuat penampilan sulungnya di Asia Tenggara di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) yang akan diadakan pada Februari 2022.

Setelah Malaysia & Indonesia, Chery ingin kembali ke Thailand pada 2022, ingin 'tapau' jenama Jepun! 05

Selain Indonesia, Chery juga merancang untuk kembali ke Malaysia pada suku ketiga (Q3) 2022. Selain rangkaian SUV Tiggo, pengeluar kereta yang berpangkalan di Anhui itu juga merancang untuk membawa masuk kereta elektrik Chery eQ1 yang comel serta mampu milik.

Juga baca: Chery EQ1: Nak kereta elektrik harga saing Myvi? Inilah pilihan akan datang untuk rakyat Malaysia

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda